Tuduhan Barisan Nasional gila kuasa tidak berasas

Peluang semua parti menang PRU15 sama rata.

Oleh: Ahmad Wira Mahat

Amat teruk Barisan Nasional (BN), UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dituduh gila kuasa oleh blok pembangkang kerana mahu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan segera pada tahun ini juga.

BN dituduh juga tidak menghiraukan kepentingan nyawa rakyat kerana akan mengadakan PRU pada musim hujan dan banjir yang biasa melanda negara pada penghujung tahun.



Adakah pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) tidak tahu bahawa pada bila masa pun PRU15 diadakan, peluang semua parti yang bertanding untuk menang adalah sama rata, bukan hanya memihak kepada BN semata-mata.

Mereka sudah berjaya melakukannya pada 2018 apabila menang PRU ke-14 mengalahkan BN yang sebelum itu membentuk kerajaan selepas setiap PRU selama 60 tahun.

Kalau dilihat semula, belum lama lagi PRU14 berlalu iaitu kira-kira empat tahun lepas.

Soal BN gila kuasa dan mahu kekal ada wakil sebagai Perdana Menteri tidak relevan sama sekali.



Jika BN menang melepasi majoriti mudah, baru boleh bentuk kerajaan daripada mandat baharu dan jika kalah parti yang menang pula bentuk kerajaan.

Jelas nampak, tuduhan kata BN gila kuasa ialah untuk mempengaruhi dan menakut-nakutkan rakyat sentiasa mahu kekal berkuasa padahal tidak.

Apa yang mustahak, ialah negara Malaysia perlukan kerajaan yang dipilih oleh pengundi supaya ia dapat diterajui dengan kukuh bukan menerajui kerajaan dengan satu gabungan yang turut ada parti yang mengkhianat di dalamnya.

Parti mana? Parti Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam kerajaan sekarang dan beliau sudah meletakkan BN sebabai musuh mereka pada PRU15 nanti.



Kerajaan yang ditadbir dalam keadaan sebegitu rupa tidak akan dapat diterajui dengan kukuh dengan dasar-dasar yang baik dapat dihasilkan untuk rakyat.

Sebaliknya, tuduhan yang diulang-ulang itu sebenarnya dibuat dek kerana ada rasa takut parti dalam PH yang akan ditolak rakyat kerana kegagalan selama 22 bulan selepas menang PRU14 sebelum ini.

Tambahan pula, Perdana Menteri gagal sebelum ini iaitu Muhyiddin yang juga asalnya sebelum ini dari PH.

BN masih belum lupa diri sampai mahu adakan PRU semasa banjir besar kerana Jabatan Meteorologi Malaysia sudah menjangkakan bahawa banjir akan bermula pada pertengahan hingga penghujung November.



Jadi jangan pihak PH buat drama lebih-lebih sangat hendak memperbodohkan rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button