Wartawan Filipina ditembak mati

Wartawan Filipina ditembak mati

 

Wartawan Filipina ditembak mati

MANILA : Seorang wartawan Filipina ditembak mati ketika sedang memandu di ibu negara malam tadi

Insiden itu mengundang kecaman kumpulan media dan aktivis yang menyifatkan pembunuhan berkenaan sebagai tamparan kepada kebebasan akhbar.

Menurut polis, wartawan radio, Percival Mabasa, 63, dibunuh oleh dua penyerang di pintu pagar kawasan kediaman di Las Pinas di Manila .

“Insiden ini menunjukkan betapa kejamnya pelaku dan bagaimana pihak berkuasa gagal melindungi wartawan serta rakyat daripada bahaya,” kata Kesatuan Kebangsaan Wartawan Filipina.

Polis negara itu berikrar akan mencari keadilan ke atas serangan berkenaan namun pihak kerajaan tidak memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.

Insiden terbaharu itu berlaku hanya beberapa minggu selepas kejadian pembunuhan kejam wartawan radio, Rey Blanco di Negros.

Filipina mempunyai salah satu persekitaran media paling liberal di Asia, tetapi kekal sebagai tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan terutama di wilayahnya.

Menurut badan pemerhati antarabangsa, Reporters Without Borders, sekurang-kurangnya 187 terbunuh sejak 35 tahun lalu di Filipina, termasuk 32 kematian dalam satu kejadian pada 2009.-AGENSI

 

Protes tudung di Iran: Ramai aktivis, wartawan ditangkap pihak berkuasa

 

Wartawan Filipina ditembak mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker