30 Peratus Calon, Realiti BN Mengarusperdanakan Wanita

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersedia memberikan 30 peratus calon Wanita pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Sehubungan itu beliau berkata akhirnya impian mendapatkan kuota 30 peratus tercapai walaupun Wanita menunggu terlalu lama untuk dapatkan kuota tersebut.

“Wanita UMNO Kota Melaka menyambut baik keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberikan kuota sebanyak 30 peratus calon Wanita pada PRU dan sudah lama menunggu walaupun sebelum itu hanya 11 peratus sahaja.



“Komitmen yang diberikan oleh UMNO/BN sebanyak 30 peratus ini akan tercapai pada PRU 15 dan walau bagaimanapun pencalonan Wanita itu haruslah diletakkan pada tempat-tempat yang selamat,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Tambah Haryaty, calon-calon wanita diberi keutamaan dan diletakkan di tempat-tempat yang boleh menang seterusnya kerjasama dari semua pihak amat dialu-alukan.

“Bukan hanya meletakkan Wanita sebagai calon tetapi memastikan calon tersebut boleh potensi menang dan berharap apabila Wanita sudah tercalon dan matlamat utama adalah kerjasama dari semua pihak, jangan ada elemen sabotaj dan sebagainya.

“Untuk mengarusperdanakan Wanita ini memerlukan sokongan semua pihak. Sekiranya tidak ada kerjasama pada akar umbi dan pemimpin tempatan maka ianya tidak akan memungkinkan Wanita berada ditempatnya,” jelasnya.



Terdahulu, Ahmad Zahid telah mengumumkan 30 peratus bagi calon Wanita pada PRU ke 15 dalam perjumpaan baru-baru ini. Calon itu terdiri dari Wanita yang jadi Ketua Bahagian, Wanita parti komponen dan Wanita daripada Puteri.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button