Baby Shima pelik netizen asyik cari salah

“Bila artis lain tayang aset peminat puji pula” - Serba tak kena! … 

Baby Shima pelik netizen asyik cari salah

Baby Shima pelik netizen asyik cari salah
Baby Shima sudah lali dengan kecaman netizen.

TAK diam dengan kontroversi! Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa sedih apabila sering menjadi mangsa kecaman netizen di laman sosial.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli mengakui hairan apa sahaja yang dilakukan pasti mengundang rasa kurang senang netizen terutamanya mengenai pemakaian yang dikatakan seksi.

Kata Shima, dia tidak pernah menayangkan tubuh badan, sebaliknya ada selebriti lain yang lebih seksi tetapi dipuji pula.

“Saya ada perasan segelintir selebriti wanita lain yang lebih seksi sehingga menayangkan aset tetapi tidak dikecam.

“Sebaliknya mereka dipuji dan tidak pula dikecam. Malah, saya yang tidak pernah menayangkan aset secara terbuka pula sering mendapat perhatian netizen,” katanya kepada mStar.

Baby Shima pelik netizen asyik cari salah
Penyanyi ini tidak kisah menerima teguran secara peribadi.

Shima ditemui ketika sidang media tayangan perdana filem Biko yang diadakan di GSC The Starling, Selangor pada Rabu.

Dalam pada itu, Shima berkata dia kini lebih terbuka dan tidak seperti dahulu cepat melenting apabila dikecam dengan komen negatif.

“Sekarang saya sudah lali dan tidak kisah jika ada yang masih mengecam kerana apa sahaja yang saya lakukan pasti ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

“Bagi makan kucing pun kena kecam, buat apa sahaja semuanya dikecam, tapi bila buat show ramai pula yang datang,” ujarnya.

Baby Shima pelik netizen asyik cari salah
Shima bakal muncul menerusi filem pertama berjudul Biko.

 

Sementara itu, Shima memberitahu dia pernah menerima panggilan daripada seorang ustaz yang memberi teguran secara peribadi.

“Saya suka menerima teguran secara peribadi tanpa nama disebut kerana jika ditegur secara umum, saya jugalah yang akan menerima kecaman netizen nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shima bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul Biko yang akan ditayangkan di pawagam bermula 13 Oktober depan.

Filem yang diarahkan oleh Teng Bee ini turut dibintangi oleh barisan pelakon termasuk Azrel Ismail, Sara Ali, Syed Irfan dan Josiah Hogan.

BABY SHIMA JELAS FOTO DI KELAB ADALAH BABAK MV TERBARU,

Baby Shima pelik netizen asyik cari salah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker