Beberapa Ahli Parlimen Utus Surat Kepada Agong Menyatakan Menarik Sokongan Dari Ismail Sabri?

Beberapa Ahli Parlimen Utus Surat Kepada Agong Menyatakan Menarik Sokongan Dari Ismail Sabri? 

Beberapa Ahli Parlimen Utus Surat Kepada Agong Menyatakan Menarik Sokongan Dari Ismail Sabri? 

Tular di media sosial berita beberapa orang ahli parlimen didakwa sudah mengutuskan surat menarik sokongan dari Ismail Sabri kepada YDP Agong.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1008235/istana-negara-nafi-ahli-parlimen-utus-surat-tarik-sokongan-terhadap



Setelah beberapa semakan yang penulis lakukan, ternyata berita itu tidak ada asasnya.

Mengikut prosedur, sekiranya ahli parlimen ingin menarik sokongan dari Ismail Sabri, ianya mesti melalui beberapa kaedah.

Ahli parlimen boleh membuat kenyataan media secara terbuka dan menulis surat kepada Speaker Parlimen untuk memaklumkan pendirian mereka.

Ahli parlimen yang mahu menarik sokongan juga boleh terus menulis surat kepada Speaker Parlimen tanpa membuat sidang media.



Speaker parlimen kemudiannya akan membuat sama ada undi percaya atau undi tidak percaya terhadap Ismail Sabri untuk keabsahan majoriti sokongan yang beliau ada.

Setelah keputusan muktamad diperolehi, Speaker Parlimen akan mengutus surat kepada YDP Agong sebagai pemakluman kepada baginda.

YDP Agong kemudiannya akan menitahkan Ismail Sabri mengadap untuk memberikan beliau peluang membuktikan bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti.

Sekiranya beliau gagal, maka terpulang kepada budi bicara YDP Agong sama ada membubarkan parlimen atau melantik Perdana Menteri yang baharu.

Dari maklumat yang diterima, penulis juga mendapati, berita itu sengaja disebarkan oleh pihak tertentu di blok kerajaan Keluarga Malaysia.

Adalah dipercayai berita palsu tersebut sengaja disebarkan untuk memberikan tekanan kepada Ismail Sabri supaya tidak mengadap YDP Agong untuk memohon pembubaran parlimen.

Namun apa yang dikesali ialah pihak tersebut dilihat telah mengheret pihak Istana Negara bagi merealisasikan percaturan politik peribadi mereka.

Bagi penulis, ianya adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dibiarkan.

 

Beberapa Ahli Parlimen Utus Surat Kepada Agong Menyatakan Menarik Sokongan Dari Ismail Sabri? 

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker