DAP bertambah kuat , Melayu lemah kerana Mahathir.

Oleh Adam Malik.

PRU14 menyaksikan betapa sebuah parti yang sepanjang hayat tidak pernah menjadi kerajaan pusat telah menjadi kerajaan.

Selama kerajaan dibentuk dipusat , jawatan Peguam Negara belum pernah dijawat oleh bukan Melayu , namun ia telah dapat kepada bukan Melayu melalui Tommy Thomas hasil tangan Mahathir.



Jawatan Menteri kewangan yang selama ini hanya dijawat oleh orang Melayu telah dapat ketangan bukan Melayu yang kebetulan ada kes rasuah dalam profile nya, juga dilantik ditangan Mahathir

Satu waktu dulu jawatan Menteri Kewangan pertama dipegang oleh Tun Tan Siew Sin tetapi kerana Ketika itu negara tidak ada wang yang banyak dan mendiang juga ada banyak ‘kontribusi’ kepada tabung negara menurut kata Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Pendek kata , perlantikan itu dibuat Ketika negara belum ada agenda Bumiputera seperti Dasar Ekonomi Melayu (DEB).



Berbalik kepada isu , Ketika PRU14 demi kepentingan peribadinya , Mahathir telah membantu DAP untuk naik menjadi kerajaan.

Maka , DAP bertambah kuat dan kukuh dibawah kerajaan Pakatan Harapan.

Khazanah negara , Tabung haji , FELDA dan kakitangan awam menjadi mangsa kerajaan PH dibawah Mahathir.

Dana negara dikuasai oleh DAP .



Peruntukan umat Islam juga dibawah ‘mercy’ DAP di bawah MoF.

Seolah olah membahagi bahagikan barang rampasan perang (Ghonimah) DAP menarah Tabung Haji , FELDA dan gaji kakitangan awam Melayu , sambil Mahathir menarah aset GLC. Projek Mega Bandar Malaysia, ECRL dan penjualan aset lain.

Dalam masa duapuluh dua bulan , habis semua ditarah.

Mahathir membuat kenyataan tidak sempat hendak membantu Melayu dalam masa itu , namun sempat mencipta berpuluh puluh kes terhadap pemimpin Melayu.



Waktu duapuluh dua bulan ini , kenyataan demi kenyataan di buat yang menggangu orang Melayu.

Antaranya , telah membuang hampir 17,000  kakitangan awam dan menggumumkan pengurangan jumlah kakitangan awam  cara berperingkat yang semua orang tahu 90% adalah orang Melayu.

Pengurangan jumlah penerima BRIM (BSH) baik dari segi jumlah penerima mahu pun juga jumlah wang, dimana hampir 80% ada lah orang Melayu.

Mahathir juga menggangu parti Melayu UMNO dengan mahu ia dibubarkan.



Mahathir tidak peduli nasib tiga juta orang Melayu yang bernaung dibawah nya.

Melayu seolah olah bawah ancaman Ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan.

Sambil itu pemimpin DAP seperti Teoh Nie Cheng terus menerus memberi bantuan kewangan kesekolah sekolah aliran mereka.

Ketika seorang pemimpin bukan Melayu menegur tentera hanya tidur dan makan sahaja , Mahathir berdiam diri , walaupun mengetahui tentera itu hampir 95% adalah orang Melayu.



Pemimpin ProPH itu berani mengkritik tentera kerana mengetahui Menteri Pertahanan lantikan kerajaan Mahathir  berada dibawah telunjuk DAP.

Harus diingat , semua dividen oleh badan berpaksi Melayu  mendapat dividen paling rendah dalam sejarah.

Berbilion wang kocek Melayu tertiris kerana dividen rendah ini.

LTAT , Tabung Haji dan ASB semua mendapat divden terendah dibawah batang hidung Mahathir.

Maka , kini usahlah Mahathir dan kuncu2 nya mahu pergi berkempen serata negara menyatakan mahu martabatkan Melayu, kerana pembuktian jelas menunjuk kan Melayu tidak selamat selama Mahathir memerintah negara duapuluh dua bulan.

Mahathir dikira akan masih bersama DAP jika DAP tidak tekan Mahathir untuk serah jawatan Perdana Menteri setelah janji menjawat hanya dua tahun.

Maka , kenyataan yang dibuat oleh kuncu Mahathir semalam bahawa Mahathir tiada agenda peribadi hanya kenyataan kosong untuk meraih simpati orang Melayu umpama  “Damage control” kerana imej Mahathir telah hancur

Pembuktian menunjukkan kontradiksi dari apa yang dinyatakan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button