“Game On” – Najib setuju debat

 

DARI FACEBOOK NAJIB RAZAK

Saya minta pasukan Anwar dan Rafizi aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan live.

Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua.

Namun, yang paling saya tak faham ialah kenyataan Anwar berikut:

“Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya pada awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela.”



Seolah-olah Rafizi menipu Anwar apabila dia memberi taklimat kepada Anwar berhubung isu ini.

Yang mula-mula cabar untuk debat ialah Rafizi sehari dua sebelum Ramadan bermula.

Saya cuma sahut sahaja.

Dan saya sudah menjawab kesemua sanggahan Rafizi setiap kali dia naikkan.



Setakat ini, dia cuma buat posting 3 kali berhubung isu ini.

Pertama kali, Rafizi kata jangan guna wang Rakyat untuk bantu elit.

SIAPA RAFIZI MAKSUDKAN SEBAGAI ELIT?

Saya jawab bahawa elit mana yang dia maksudkan?

Lebih 10,000 pekerja Sapura dan vendor-vendornya, 4,000 syarikat vendor Sapura yang kebanyakannya merupakan peniaga kecil atau sederhana atau 10.6 juta pendeposit ASB memandangkan PNB telah menjadi pemegang saham terbesar Sapura Energy.

Lagipun, kedua-dua cadangan utama saya iaitu kerajaan beri JAMINAN pinjaman (bukan beri pinjaman, ya) kepada Sapura untuk mendapat semula pinjaman modal kerja dari bank sebagaimana Air Asia ditawar jaminan kerajaan sebanyak RM500 juta dan juga cadangan Petronas ambil alih Sapura Energy secara sementara untuk dipulihkan.

Kedua-dua cadangan ini langsung tidak memberi impak kepada bajet tahunan kerajaan dan tidak melibatkan suntikan dana kerajaan ke Sapura.

Malah, yang benar-benar guna wang Rakyat untuk selamatkan elit ialah kerajaan PH apabila PNB suntik dana tambahan sebanyak RM2.7b pada bulan Januari 2019 untuk menjadi pemegang saham terbsear Sapura dan sekaligus syarikat itu bertukar menjadi sebuah GLC.

Kali kedua, Rafizi tanya kenapa saya membisu apabila pengurusan lama Sapura dibayar gaji dan pampasan besar semasa saya PM.

SAPURA SYARIKAT SWASTA SEMASA NAJIB PM

Saya jawab sebab Sapura merupakan syarikat swasta dan bukan GLC sepanjang tempoh saya PM.

Kerajaan tak ada kuasa atau kepentingan untuk bercampur tangan dengan gaji atau pampasan dibayar oleh sebuah syarikat swasta selagi lembaga pengarah dan pemegang saham bersetuju.

Hanya selepas tahun 2019 di bawah kerajaan PH, Sapura menjadi GLC.

Kali ketiga dan terakhir ialah apabila Rafizi muat naik posting bahawa pengurusan Sapura sudah ada pelan rasionalisasi dan ktia patut percaya kepada tenaga professional.

Maksud Rafizi ialah kerajaan tak perlu buat apa-apa – cuma biarkan pengurusan baharu laksanakan pelan rasionalisasi.

Saya jawab, ya. Saya tak nafi pengurusan baharu itu berkebolehan dan ada track rekod yang baik – tetapi mereka adalah dari prinsipal minyak besar seperti Petronas dan Shell dan bukan dari syarikat perkhidmatan dan kontraktor minyak yang sedang mengalami aliran tunai yang teruk.

Namun pelan rasionalisasi yang disediakan pengurusan baharu seperti didedahkan CEO Sapura pada hari Sabtu melibatkan permintaan kepada bank untuk maafkan hutang sebanyak RM7.6 bilion serta menjual aset-aset paling strategik dan berharga Sapura.

Jika bank-bank bersetuju maka kerugian kepada sistem perbankan tempatan adalah sehingga RM7.6b – iaitu 3 kali ganda kerugian RM2.5 bilion dalam kes Genting HK.

Ini bakal memberi impak kepada dividen tabung-tabung simpanan Rakyat dan juga pasaran saham tempatan.

Sebaliknya, jika bank-bank tak bersetuju maka Sapura bakal diisytihar muflis. Lebih 10,000 pekerja Sapura dan vendor-vendornya akan terkesan manakala ekosistem vendor sektor minyak dan gas tempatan akan runtuh.

Sapura akan jual aset-aset berharga mereka – terutamanya antara aset paling bernilai iaitu baki pegangan 50% saham dalam Sapura OMV.

Anwar sahut cabaran Najib berdebat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker