Ibrahimovic habis RM9.3 juta rai hari lahir

MILAN: Zlatan Ibrahimovic yang kini beraksi bersama AC Milan dalam Serie A Itali, mencecah usia 41 tahun Isnin lalu dan meraikannya dengan cara tersendiri.

Ketika dia mengumumkannya dalam media sosial, warga Sweden itu membelikan dirinya hadiah dua kereta mewah yang bernilai lebih AS$2 juta (kira-kira RM9.3 juta).

Dalam kedua-dua akaun Twitter dan Instagramnya, penyerang itu berkongsi foto yang menunjukkan bahagian depan salah satu kenderaannya serta bahagian belakang kenderaan kedua.



Ia disatukan seolah-olah ia satu kereta dan menunjukkan apa yang dilakukannya ketika dia masih menjalani pemulihan diri daripada kecederaan.

“Selamat hari lahir kepada Zlatan,” tulis warga Sweden itu di Twitter.

Dalam catatan itu, dia memuat naik gambar dua Ferrarinya: bahagian hadapan Daytona SP3, dengan anggaran kos 2 juta euro (RM9.2 juta) dan belakang sebuah 812 Competizione A bernilai 580,000 euro (kira-kira RM2.7 juta).



Menurut Sportmediaset, Ibrahimovic membelanjakan 2.5 juta euro (RM11.5 juta) untuk menambah kereta buatan Itali itu ke garaj besarnya.

Dia turut mempunyai lima Ferrari lain, Lamborghini Urus, Porsche 918 Spyder, Audi RS6 Avant dan Maserati Gran Turismo MC Stradale.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button