Pasangan kekasih, rakan ditahan edar dadah

Pasangan kekasih, rakan ditahan edar dadah

Pasangan kekasih, rakan ditahan edar dadah
Dadah jenis heroin, syabu dan pil erimin 5 dianggarkan bernilai RM154,000 dirampas dari satu sindiket pengedaran dadah, Selasa lalu. – Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR: Pasangan kekasih antara tiga individu yang ditahan polis kerana disyaki mendalangi kegiatan pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar ibu negara, Selasa lalu membabitkan rampasan dadah bernilai RM154,000.

Tiga suspek terdiri daripada dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditahan menerusi Op Acacia bermula jam 6 petang hingga 11 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata dua suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dan kekasihnya, seorang wanita warga asing berusia 18 tahun ditahan dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Taman Desa.



“Menerusi serbuan itu, polis turut merampas 3.6 kilogram (kg) heroin bernilai RM40,000 serta 5,020 pil erimin 5 bernilai RM77,000.

“Selain itu, kita juga merampas sebuah kereta Mercedes Benz C180, sebentuk cincin emas dan wang tunai RM1,200 milik suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil serbuan pertama, polis menahan seorang lagi suspek dalam serbuan kedua di sebuah tempat letak kereta di Jalan Imbi di sini, pada hari sama.

“Lelaki tempatan berusia 39 tahun ditahan bersama sekilo dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM37,000 dan polis turut merampas kereta Toyota Camry digunakan suspek.



“Ujian saringan urin mendapati dua suspek lelaki, positif dadah jenis morfin dan methamphetamine, manakala suspek wanita didapati negatif,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Azmi berkata semakan mendapati suspek lelaki berusia 43 tahun mempunyai 15 rekod jenayah dan lapan rekod narkotik, dan seorang lagi suspek lelaki, mempunyai enam rekod narkotik.

“Sindiket ini bergiat aktif sejak dua bulan lalu dan menjadikan kondominium dikawal pengawal keselamatan sebagai tempat penyimpanan dadah. Ini juga untuk mengaburi dan menyukarkan kegiatan mereka dikesan polis.

“Siasatan lanjut mendapati sindiket ini mendapat bekalan dadah daripada pengedar tempatan di Kuala Lumpur untuk dipasarkan semula di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Azmi berkata, nilai keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM154,000 dan nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM375,000.

Katanya, kesemua suspek tidak memiliki pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama.

“Semua saspek kini direman tujuh hari sehingga 17 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah terbabit mampu menampung penggunaan seramai 20,000 orang pengguna (user) dadah,” katanya.

“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Pasangan kekasih, rakan ditahan edar dadah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker