Kawalan keselamatan Istana Kehakiman masih diperketat

PUTRAJAYA: Suasana di perkarangan Istana Kehakiman, pagi ini, tenang dan hanya petugas media tempatan serta luar negara saja dilihat berkumpul bagi mengikuti prosiding rayuan akhir membabitkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, kawalan keselamatan masih diperketat dengan pagar besi diletakkan di semua pintu keluar dan masuk mahkamah, selain hanya peguam atau individu yang mempunyai urusan saja dibenarkan masuk.

Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib tiba di perkarangan Istana Kehakiman, kira-kira jam 8.15 pagi dengan ditemani dua peguam lain.

Sekitar jam 9.18 pagi, kenderaan yang membawa Najib dilihat tiba di Istana Kehakiman dengan diiringi anggota polis.

 

BHOnline

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker