Ismail Sabri bukan Perdana Menteri jika BN kalah

Wujud lagi Keluarga Malaysia 2.0 selepas ini?



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Ismail Sabri bukan Perdana Menteri jika BN kalah

 

Dato Seri Ismail Sabri Yaakob bukan lagi PM jika BN kalah pada PRU15 akan datang. Ini hakikat yang perlu diterima oleh semua apabila sesebuah parti kalah dalam Pilihanraya Umum.

Logiknya telah berlaku pada 2018, ketika BN kalah pada PRU14 di tangan Pakatan Harapan. Sebaik PH menang, Tun Mahathir dipersetujui PH untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-7. Walaupun ketika  itu, PPBM hanya mendapat 13 kerusi Parlimen, Mahathir diberikan laluan oleh DAP dan PKR menerajui kerajaan.

Muhyiddin Yassin pula telah dilantik bagi menggantikan Mahathir selepas PAS dan Umno bersetuju memberikan sokongan kepadanya. Walau dari kedudukan kerusi Parlimen, jika digabungkan PAS dan Umno mempunyai kerusi terbanyak, Presiden PPBM diberikan laluan mengetuai kerajaan.



Begitu juga bila Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9. Beliau menerima sokongan daripada PPBM dan PAS, maka terbentuklah Kerajaan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri bukan Perdana Menteri jika BN kalah

Namun demikian, pada PRU15, dijangkakan keadaan lanskap politik Malaysia akan berubah. Dengan ramalan tiada sebuah parti yang akan mendominasi secara mutlak kerusi Parlimen, keadaan ini menyukarkan Ismail mempertahankan kedudukan beliau sebagai PM.

Pastinya setiap parti yang bertanding mahu memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen untuk menjadi parti paling dominan.

Ini akan memudahkan mana-mana parti yang mempunyai kerusi terbanyak menentukan siapa kalangan mereka yang layak untuk menjadi Perdana Menteri Ke-10.



PRESIDEN PARTI DIBERIKAN KEUTAMAAN DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI

 

Ismail Sabri bukan Perdana Menteri jika BN kalah

 

Hampir pasti, Presiden parti akan diberikan keutamaan untuk jawatan PM. Perlu diingatkan Ismail Sabri hanyalah Naib Presiden Umno dalam heraki parti dan beliau bukanlah figura yang mampu menarik perhatian rakyat untuk mengundi BN.

Dalam mendepani PRU15, suka atau tidak, Umno mempunyai figura tarikan yang mampu menjadi faktor kemenangan BN.

Perlu diakui, walau beliau kini menjalani hukuman, Najib Razak merupakan ‘nadi’ sebenar Umno.

Namun dalam percaturan sebenar, heraki kepimpinan Umno perlu diberikan keutamaan untuk dilantik sebagai PM sekiranya BN berjaya menang kerusi terbanyak Parlimen.



Suka atau tidak, semua ahli Umno/BN perlu menerima hakikat politik dan bukan berpegang kepada retorik yang dijanjikan gabungan dalam Keluarga Malaysia.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker