Benarkan Thaksin pulang ke Thailand Selasa depan?

Benarkan Thaksin pulang ke Thailand Selasa depan?

Benarkan Thaksin pulang ke Thailand Selasa depan?
THAKSIN Shinawatra. FOTO AFP

Bangkok: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan pulang ke nagara itu pada Selasa ini iaitu hari yang sama dengan undian utama parlimen yang boleh menamatkan kebuntuan politik sejak Mei lalu.

Jutawan berusia 74 tahun itu digulingkan dalam rampasan kuasa tentera 2006 dan menghabiskan 15 tahun hidup dalam buangan

Thaksin sudah lama berkata dia ingin pulang ke tanah air, tetapi berdepan pelbagai pertuduhan jenayah yang dikatakannya bermotifkan politik.

“Pada Selasa, 22 Ogos, 9 pagi saya akan menjemput bapa saya Thaksin di Lapangan Terbang Don Muang,” kata anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra, yang juga salah seorang calon perdana menteri parti Pheu Thai, berkata di Instagram.

Kepulangannya akan bertepatan dengan undian pada sebelah petang sama ada untuk meluluskan Srettha Thavisin – daripada Parti Pheu Thai Thaksin – sebagai perdana menteri dan menamatkan kebuntuan politik selama tiga bulan sejak pilihan raya umum pada Mei.

Untuk menjadi perdana menteri, Srettha memerlukan majoriti di seluruh dewan rakyat yang terdiri daripada 500 ahli Parlimen yang dipilih, dan senat 250 ahli yang dipilih sendiri oleh junta terakhir kerajaan.

Parti Move Forward (MFP) yang progresif memenangi kerusi parlimen terbanyak dalam pilihan raya tetapi senat yang dikuasai tentera menghalang pemimpinnya daripada menjadi perdana menteri.

Parti Pheu Thai yang disokong Thaksin menduduki tempat kedua dan berusaha untuk membentuk kerajaan.

Pihak yang dikaitkan dengan Thaksin mendominasi politik Thailand sejak 2001 tetapi kehilangan dua perdana menteri akibat rampasan kuasa tentera dan seorang lagi akibat keputusan mahkamah.

Kepulangan Thaksin berpotensi untuk menyemarakkan keadaan politik yang sudah tegang.

Thaksin berkata di media sosial beberapa hari sebelum pilihan raya Mei, dia akan kembali ke Thailand “sebelum hari lahir saya” pada Julai kerana dia semakin tua dan mahu menghabiskan masa bersama cucunya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein


Dia tinggal dalam buangan sendiri, kebanyakannya di Dubai, sejak 2008 tetapi kerap menghubungi penyokong di platform media sosial Clubhouse menggunakan alias Tony Woodsome.

Thaksin disabitkan kesalahan semasa berada di luar negara bagi empat kes jenayah, satu daripadanya kini melepasi statut had.

Hukuman untuk tiga lagi berjumlah 10 tahun, sementara itu dia masih dalam siasatan dalam kes lain, dan dalam perutusan pada Mei, beliau berkata sudah bersedia untuk menghadapi keadilan.

Apabila tiba, dia mungkin akan dibawa ke Mahkamah Agung dan kemudian ke pusat tahanan khas sebelum dihantar ke penjara.

Dia sebelum ini menjadualkan kembali ke Bangkok pada 10 Ogos tetapi ditangguhkan dengan alasan temujanji perubatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha pecahbelahkan Umno sebelum Najib dibebaskan


Penganalisis politik Yuttaporn Issarachai berkata sudah lama khabar angin mengenai kepulangannya dan masih tiada jaminan ia akan berlaku kali ini.

“Saya memberi peluang 50-50,” kata Yuttaporn kepada AFP.

“Kepulangannya pada 22 Ogos iaitu hari yang sama dengan pengundian PM di parlimen, mungkin memudahkan pengundian Srettha di kalangan ahli parlimen dewan rendah, tetapi mungkin menimbulkan keresahan di kalangan senator.”

Benarkan Thaksin pulang ke Thailand Selasa depan?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker