Jangan Adakan Kerjasama UMNO Dan PAS Sebelum PRU 15

Jangan Adakan Kerjasama UMNO Dan PAS Sebelum PRU 15

Jangan Adakan Kerjasama UMNO Dan PAS Sebelum PRU 15

UMNO dilihat seakan masih lagi membuka ruang kerjasama politik dengan PAS.

Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi memperakui adanya pertemuan empat mata antara beliau dengan presiden PAS, Hadi Awang, bagi membincangkan kerjasama politik.



Bagaimanapun, DS Zahid menyatakan, sekiranya PAS ikhlas mahu berkerjasama dengan UMNO, PAS terlebih dahulu mesti bersetuju dengan tiga permintaan UMNO.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/02/pru15-umno-kembali-runding-dengan-pas-jika-penuhi-3-syarat-kata-zahid/

Bagi penulis, berdasarkan kepada sejarah kerjasama antara UMNO dan PAS pasca PRU 14, permintaan UMNO itu adalah permintaan yang munasabah.



Namun permintaan UMNO itu disambut dengan sinis oleh beberapa pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya mahu UMNO berkerjasama, maka UMNO jangan meletakkan syarat Puteri Gunung Ledang.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/03/nak-kerjasama-jangan-letak-syarat-puteri-gunung-ledang-tuan-ibrahim-beritahu-zahid/



Manakala Mursyidul Am PAS, Hasyim Jasin pula berkata, PAS tetap mahukan kerjasama dengan UMNO dan PPBM.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/04/pas-tetap-mahu-umno-dan-pn-mursyidul-am-jawab-kata-dua/

Bukan UMNO Angkuh Tetapi Kejujuran PAS Menimbulkan Tandatanya

Bagi penulis, tidak ada salahnya UMNO mengemukakan tiga permintaan itu sebagai syarat untuk berkerjasama.



Pemimpin PAS perlu ingat, pihak yang mahukan kerjasama adalah PAS dan bukannya UMNO.

Bukan presiden UMNO yang meminta untuk berjumpa, tetapi presiden PAS dan pihak PAS yang mengaturkan pertemuan itu.

Pendirian UMNO adalah sangat jelas, tidak ada kerjasama dengan PPBM dan sekiranya PAS mahu berkerjasama dengan UMNO, maka PAS mesti menghormati pendirian UMNO.

Namun bagi majoriti akar umbi, sekiranya mahu juga berkerjasama, adalah lebih baik sekiranya dilakukan selepas PRU 15 dan bukannya sebelum.



Bagi penulis, pendapat akar umbi UMNO itu ada asas dan sebab yang cukup kukuh.

Yang mula mengkhianati semangat piagam Muafakat Nasional adalah PAS dan bukannya UMNO.

Di saat UMNO kecewa dengan sikap khianat PPBM selepas PRN Sabah, PAS seakan menambahkan lagi kekecewaan UMNO apabila bersetuju menjadi antara parti penaja Perikatan Nasional.

Malah akar umbi UMNO masih ingat bagaimana angkuhnya Setiausaha Agung PAS, Takiyudin Hassan ketika mengumumkan PAS sudah bersetuju bersama PPBM dalam Perikatan Nasional.



Apabila ditanya bagaimana dengan UMNO, Takiyudin menyatakan itu terpulang kepada UMNO, tetapi PAS tegas dalam penidirian bersama Perikatan Nasional.

Pemimpin PAS juga dilihat masih mengeluarkan kenyataan yang memberikan gambaran bahawa UMNO sombong dengan syarat yang diberikan.

Keikhlasan PAS untuk kembali berkerjasama dengan UMNO diragui oleh akar umbi UMNO.

Menurut mereka, tidak ada jaminan PAS akan menunjukkan semangat setiakawan dan keikhlasan sekiranya memenangi beberapa kerusi yang dikorbankan UMNO kepada mereka.

Bagaimana selepas PRU 15 nanti, PAS berpaling tadah dan kembali kepada PPBM dalam Perikatan Nasional.

Bukankah ini akan menjejaskan peluang UMNO untuk membentuk kerajaan atau melemahkan UMNO selepas PRU 15 nanti.

Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya masih berkerjasama, ianya dilakukan selepas PRU 15 dan bukannya sebelum PRU 15.

 

Jangan Adakan Kerjasama UMNO Dan PAS Sebelum PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button