Syarikat, pengarah didenda RM25,000 jual gula mahal

Oleh – Syeikh Baran


Syarikat, pengarah didenda RM25,000 jual gula mahal
TERTUDUH dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka kerana menjual gula pasir lebih tinggi daripada harga kawalan.

Sebuah syarikat dan seorang pengarah didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjual 70 peket gula pasir kasar melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

Tertuduh, syarikat Keluargaku (M) Sdn. Bhd. dan Lee Mey Eng, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan dua kertas pertuduhan, syarikat berkenaan dan tertuduh didapati menawarkan untuk menjual barangan harga terkawal 70 peket gula pasir kasar satu kilogram dengan harga RM3.20 sepeket iaitu selain mengikut harga yang ditentukan pengawal.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11.40 pagi di premis Keluargaku (M) Sdn. Bhd., No. 35, KPAA 1, Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bukit Baru dalam daerah Melaka Tengah pada 8 Mac 2023.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pedakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Norhysham Md. Noor menawarkan jaminan RM100,000 terhadap syarikat dan RM50,000 terhadap pengarahnya.

Kedua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM20,000 kepada syarikat manakala pengarahnya didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker