Ali Puteh jual kenderaan dan trofi demi langsai hutang

 

Oleh Pena Merah

Ali Puteh jual kenderaan dan trofi demi langsai hutang
Ali menenangkan isterinya, Melati Fitri yang bersedih selepas kereta milik mereka diserahkan kepada pembeli.

Pelawak Ali Puteh menjual kereta, motosikal dan trofi yang dimenangi ketika menyertai program realiti komedi beberapa tahun lalu dipercayai demi melangsaikan hutang.

Menerusi video dimuat naik rakan pelawak itu dikenali sebagai Pojie Pidon di Instagram (IG), dia memaparkan momen Ali menenangkan isterinya, Melati Fitri yang bersedih selepas kereta milik mereka diserahkan kepada pembeli.

“Honda Accord ‘sold’ (dijual). Terima kasih hamba Allah ini dari Johor Bahru, sangat mudah berurusan.



“Moga ada rezeki lain untuk Ali dan isteri,” tulis Pojie pada hantaran berkenaan.

Ali Puteh jual kenderaan dan trofi demi langsai hutang
Ali terpaksa jual semua trofi kemenangan program lawak disertai.

Malah, Pojie turut memberitahu, kesemua trofi dimenangi Ali atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi program realiti komedi yang disertainya juga sudah berjaya dijual.

“Sold (dijual). Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak). Insya-Allah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri,” tulisnya.



Antara yang kelihatan, trofi kemenangannya menerusi program Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar dan Projek Komedi Warna.

Perkongsian itu juga mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji tindakan Ali berusaha melunaskan hutang dengan pelbagai cara.

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu abangnya, Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali Siti Norhidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram (IG).

Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker