KJ Kecewa Sekiranya Parlimen Di Bubarkan Terlalu Awal

KJ Kecewa Sekiranya Parlimen Di Bubarkan Terlalu Awal

KJ Kecewa Sekiranya Parlimen Di Bubarkan Terlalu Awal

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), melahirkan rasa kecewa sekiranya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Menurut KJ, beliau berharap agar Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dapat diluluskan sebelum pembubaran parlimen.

Menurut KJ, jika parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat, RUU ini akan dibentangkan semula oleh kerajaan baharu.

“Saya nak bawa (bentang RUU), tapi, takut tak sempat sebab dia punya suhu dah panas (pembubaran Parlimen)”.

“Saya ada tanya Setiausaha Dewan Rakyat apa akan berlaku pada RUU yang tak sempat dibahas”.

“Jika tidak dibacakan kali ketiga memang RUU itu tidak diluluskan”.

“Namun, jika RUU itu dibaca buat kali ketiga di parlimen dan diluluskan tapi tidak sempat dibawa ke Dewan Negara, maka RUU ini mesti dibentangkan semula oleh kerajaan baharu”.

“Itu prosedurnya”.

“Tapi, saya harap ia diluluskanlah, kalau diluluskan, kemudian bubar parlimen”.

“Sia-sia sahaja kita buat kerja dan tak boleh bawa perkara ini dan terpaksa bentang semula”.

“Jika RUU itu tidak dapat dibentangkan dan diluluskan di Dewan Negara, saya tetap berpuas hati”.

KJ Kecewa Sekiranya Parlimen Di Bubarkan Terlalu Awal

“Ini kerana RUU itu sudah mendapat persetujuan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) parlimen dan boleh digunakan sebagai rujukan kepada kerajaan akan datang”.

“Bacaan kali kedua RUU itu akan dibentangkan di parlimen pada Khamis ini mengikut aturan oleh sidang parlimen”.

“JPK yang dianggotai 12 ahli parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang sudah pun menyatakan persetujuan terhadap pindaan RUU itu,” jelas Khairy Jamaluddin.

RUU berkenaan bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Jan 2007.

Ia melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada generasi tersebut.

Penulis tidak nampak sebarang keperluan mendesak untuk menyegerakan kelulusan akta tersebut.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh ahli parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, semua usul yang sudah dibentangkan tetapi tidak sempat diluluskan, akan diteruskan oleh kerajaan baharu.

Tidak timbul isu kerja sia-sia.

Semua usul yang sudah dibentangkan di parlimen tidak akan terbiar begitu sahaja kerana pertukaran kerajaan dalam penggal yang baharu.

Jadi pada pendapat penulis, KJ tidak perlu risau sama ada RUU tersebut sempat diluluskan atau tidak.

Sekiranya kerajaan baharu berpendapat RUU tersebut memberi impak positif kepada rakyat, sudah pasti ianya akan diluluskan dalam penggal ke 15 parlimen.

 

KJ Kecewa Sekiranya Parlimen Di Bubarkan Terlalu Awal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker