MB Kedah ucap tahniah kepada JDT berjaya tewaskan pasukan Kedah



KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas pasukan itu berjaya menewaskan Kedah Darul Aman dalam aksi Liga Super 2022 semalam.

Melalui laman media sosial Facebook beliau, Sanusi yang juga Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana telah menampilkan prestasi terbaik sepanjang perlawanan.

“Tahniah JDT yang menang menentang Kedah malam ini (semalam). Tahniah juga kepada pemain dan penyokong KDA yang telah memberi komitmen terbaik. Kalah takpa jangan koyak.

“Lepas perangkap offsaid dan dapat penalti dalam bola sepak memang ada jual di kedai tepi jalan di Kelana Jaya,” katanya.



JDT berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Kedah meskipun beraksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua selepas Bergson Da Silva dibuang padang.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan JDT kekal berada di puncak Liga Super dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 19 perlawanan setakat ini.

Kekalahan ini juga telah menutup peluang Kedah untuk memburu tiket ke Piala AFC musim depan dengan memburu sekurang-kurangnya tempat ketiga Liga Super.

© Malaysia Gazette





Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker