Melayu berasa hati semenjak Najib di penjara , sukar untuk GTA Mahathir bertapak

Oleh Adam Malik

Mahathir mungkin merasa lega apabila Najib Razak dipenjarakan.

Ini kerana Najib Razak dilihat sebagai batu penghalang agenda politik Mahathir.

Pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri dalam Sembilan tahun lebih dasyat dan hebat dari pencapaian Tun Mahathir dalam 22 tahun campur 22 bulan.

Ini berdasarkan fakta dan statistik.

Walaupun Mahathir menjadi hebat dalam era politik media sehala, namun apabila rakyat marhaen ada akses kepada media melalui Medsos , Mahathir hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja dan semua keburukan nya terdedah di alam maya.

Bukan sahaja Tindakan terkini Mahathir tertogel , bahkan perbuatan lampau Mahathir juga di ‘playback’ dimedia sosial hari ini.

Akibatnya , Mahathir tidak mampu menjawap perilaku lampaunya dan memilih untuk berbual berkenaan isu lain.

Senario terkini dari maklumat yang kami terima, menampak kan GTA Mahathir sukar mendapat sambutan orang Melayu.

Mahathir terpaksa tunggang PERKASA dan PUTRA untuk berhadapan orang Melayu , dalam ertikata kedua entiti ini jadi platform baru untuk Mahathir pijak.

Orang Melayu sudah tidak nostaljik tentang Mahathir sebaik sahaja Mahathir cium mulut dengan DAP pada PRU14.

Mahathir sanggup pijak bangsa sendiri dan bersekongkol dengan musuh orang Melayu ia itu DAP.

Penerimaan orang Melayu terhadap Mahathir sudah tidak semacam dulu.

Ketika berkuasa 22 bulan Mahathir sangat sombong terhadap orang Melayu dan dengan bangga menyatakan Melayu itu pemalas.

Mahathir tidak berani menghetam atau mengkritik kaum yang suka elak cukai dan memberi rasuah.

Kini , Mahathir cuba berbaik dan memikat orang Melayu.

Malaysian Prime Minister Najib Razak gestures as he speaks during the 8th Malaysian Student Leaders Summit at a hotel in Kuala Lumpur on August 24, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Namun Mahathir mendapati kesukaran.

Ini kerana sebaik sahaja Najib Razak dipenjarakan , ramai orang Melayu telah berasa hati dan sangat sedih.

Orang yang banyak membantu mereka dari segi monetary dan pisikal telah dipenjarakan oleh mahkamah hasil dakwaan kerajaan Mahathir.

Melayu memendam rasa dan perasaan kecewa atas perilaku Tindakan kerajaan Mahathir ini.

Melayu beranggapan memenjarakan pemimpin Melayu seperti Najib hanya kejayaan ‘bukan melayu’ yang disokong oleh Mahathir.

Rata2 ribuan komen dimerata medsos dan berita dimedia online mencaci dan mencerca pihak media setiap kali muncul kenyataan Mahathir disiarkan.

Maka, andaian kami Mahathir dan GTA nya boleh sahaja bersedia untuk masuk kedalam tong sampah pada PRU15.

Mahathir boleh jadi PM sepuluh kali lagi, namun tetap tidak boleh saingi  pencapaian Datuk Seri Najib , kerana Najib tiada agenda  anak dan kroni.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker