PH akan serang Ismail jika bubar Jumaat ni.

Oleh Adam Malik

Menurut sumber2 yang kami terima , Pakatan Harapan akan menyerang Datuk Seri Ismail Sabri habis habisan jika sah kerajaan dibubar Jumaat ini.

Menurut sumber kami , secara sulit PH telah membuat banyak kajian dan survey untuk pengumpulan maklumat mereka dan hampir semua laporan yang mereka dapati telah tidak menyebelahi mereka (PH).

Dalam kebanyakan survey dan kajiselidik yang PH terima hanya parti DAP sahaja yang mendapat ‘feedback’ yang baik.

Maklumat yang PH perolehi mendapati PH (selain DAP) akan kehilangan banyak kerusi berbanding PRU14.

Maka , boleh dianggap jika PRU15 diadakan awal lain dari Tarikh lewat yang PH mahukan seperti bulan Mac tahun depan , maka persedian mereka lumpuh dan carca marba.

Selain itu, Rafizi Ramli masih belum berjaya mencipta isu dan skandal menyaingi skandal 1MDB , lagi pun PH hidup atas skandal dan isu pihak lawan dan bukan atas kebaikan sendiri yang hampir tiada.

Isu LCS dan Meriam tidak mendapat sambutan rakyat.

Faktor2 pru14 juga sudah tidak ada bersama PH sambil Tun Mahathir juga kini adalah musuh PH.

Turut terkesan adalah Gerakan Tanah Air dan Perikatan Nasional.

Dilaporkan Mahathir masih belum dapat buat “inroad’ untuk ‘penetrate’ orang Melayu melalui PERKASA dan PUTRA.

Imej Mahathir sukar untuk dibawa untuk meyakinkan orang Melayu setelah penghinaan demi penghinaan Mahathir lakukan.

Menurut sumber kami, PH, PN dan GTA akan menyerang Ismail Sabri dengan pelbagai gelaran dan tekanan jika kerajaan di bubar Jumaat ini.

Itu cara PH melepaskan geram dan marah kerana PH  jelas belum mendapat kepercayaan rakyat Kembali menyokong mereka semenjak tewas 3 PRN dan 7 PRK lalu.

Maka , bersedia lah ‘team’ Ismail Sabri untuk berhadapan cemuhan dan cacian sebaik sahaja kerajaan dibubar Jumaat ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker