Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Pahang ganti Wan Rosdy

 

Oleh – Amran Klebang


Tuan Ibrahim Tuan Man yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar Pahang oleh Muhyiddin Yassin jika Perikatan Nasional menang Pilihanraya Kecil Pelangai dan jika ada ADUN BN yang bertindak menyertai PN.

Malangnya, apa yang disampaikan di atas pentas ceramah PN hanya sekadar gula-gula dan retorik politik.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Pahang ganti Wan Rosdy

Ternyata, PN bukan parti yang sesuai bagi menerajui Pahang dan tidak mampu menyaingi rekod perubahan yang dibuat Wan Rosdy sejak 2018.

Naib Presiden Umno merangkap Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy berjaya membuktikan kemampuan beliau mengurus ekonomi Pahang dengan baik sehingga kerajaan negeri mampu memberi balik bantuan kepada rakyat dengan pelbagai inisiatif.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Pahang ganti Wan Rosdy

Malah, komitmen Wan Rosdy dalam politik juga tidak boleh dipandang rendah oleh pihak lawan. Pengalaman menjadi ADUN hingga Exco Kerajaan Negeri Pahang bukan sesuatu yang mudah dicapai sekelip mata.

Wan Rosdy juga membuktikan pengalaman dalam politik beliau bukan taraf rendah apabila berjaya menjadi Naib Presiden Nombor 1 dalam heraki pimpinan tertinggi UMNO.

Muhyiddin perlu mencari seorang yang setaraf atau lebih baik dari Wan Rosdy sekiranya berhasrat untuk menawan Pahang.

Sehingga PRU16, Wan Rosdy akan terus diberikan sokongan oleh rakyat Pahang dan khusunya pengundi BN.

Tahniah atas kemenangan di PRK Pelangai.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker