Real Madrid menang selesa atasi Shakhtar

MADRID: Real Madrid memperkukuhkan kedudukan di persada kumpulan Liga Juara-Juara menerusi kemenangan 2-1 mengatasi Shakhtar Donetsk awal pagi tadi yang sepatutnya menjadi lebih mudah.

Pasukan juara bertahan kendalian Carlo Ancelotti itu mengekalkan rekod 100 peratus dalam kejohanan dan lebih mudah berbanding lawan dari Ukraine itu yang terpaksa melalui perjalanan 10 jam ke Madrid kerana peperangan di negara sendiri.

Gol Rodrygo dan Vinicius Junior menghadirkan perbezaan apabila juara dengan rekod 14 kali itu mendominasi tetapi kekurangan penyudah – selain prestasi baik penjaga gol, Anatoliy Trubin – yang menyekat mereka daripada mendapat lebih banyak gol.

Selepas tiga perlawanan, Madrid mengumpul kelebihan lima mata berbanding pasukan tangga kedua, Shakhtar, dengan RB Leipzig ketiga selepas menewaskan Celtic 3-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan F.

“Ada hari seperti ini, apabila bola tidak mahu masuk,” kata pemain tengah Madrid, Toni Kroos. “Ia perlawanan yang kami boleh menang 7-1 atau sesuatu seperti itu, tapi akhirnya ia adalah tiga mata, itu yang paling penting.

“Idea asal ialah layak secepat mungkin, kami dapat semua mata yang kami mahukan, bukan tidak boleh untuk menjadi lebih baik. Kami mahu menang minggu depan juga (berdepan Shakhtar) dan mengesahkan kelayakan.”

Karim Benzema sekali lagi mengetuai serangan pada perlawanan kedua selepas kembali akibat kecederaan.

Rodrygo memecah kebuntuan menerusi sepakan rendah dari luar kotak penalti yang melencong pada minit ke-13.

Vinicius yang melepasi dua pertahanan Shakhtar dengan gaya bersahaja, menggembirakan penonton di Santiago Bernabeu apabila meledak tidak lama selepas itu.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker