View Chin Serius Nak Kahwin Dengan Mira

Dedah Punca Tertarik

View Chin Serius Nak Kahwin Dengan Mira

View Chin Serius Nak Kahwin Dengan Mira
View Chin Serius Nak Kahwin Dengan Mira

Susulan isu tular mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja sendiri dikenali sebagai Mira, influencer TikTok, View Chin mendedahkan dia bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Menerusi laporan ekslusif Kosmo!, View Chin berkata, dia kini sedang mula belajar mengenali agama Islam dan akan mengahwini Mira apabila isu dengan bekas isterinya selesai.

Pengasas View Fashion ini berkata, dia dan Ah Moi sebenarnya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu.



Mira seorang prihatin, memahami

View Chin Serius Nak Kahwin Dengan Mira

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Nabila Razali – Abang motor mulanya enggan tumpangkan

Saya tahu perbuatan saya selama ini dengan Mira adalah salah dan kami akan cuba memperbetulkan semua perkara itu. Ya memang saya mengaku bercuti berdua bersama Mira di Bali sebelum ini. Ketika itu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya. Sebab itu dia menemani saya.

Kongsinya lagi, Mira adalah teman baiknya dan dia selesa untuk meluah semua perkara termasuk soal peribadi. Selain itu, Mira juga seorang yang sangat prihatin dan memahami.

Mira tahu semua, tentang kecurangan Ah Moi tentang Ah Moi pernah ugut saya. Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh terima anak-anak saya.

Influencer TikTok yang mempunyai 2.5 juta pengikut ini berkata Mira banyak menguruskan syarikat bersamanya bermula dari menguruskan ‘live’ sehinggalah kepada marketing dan sebagainya.

Buat masa ini Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuklah keluarganya yang turut terpalit.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, View berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang berteruskan menularkan isu peribadinya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker