Dua koridor kemanusiaan untuk penduduk Gaza

Dua koridor kemanusiaan untuk penduduk Gaza

Dua koridor kemanusiaan untuk penduduk Gaza
PENDUDUK Palestin melarikan diri ke kawasan selatan Gaza. FOTO AFP

Gaza: Ada dua koridor kemanusiaan untuk membolehkan penduduk melarikan diri dari kawasan perang di utara Semenanjung Gaza, kata Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Timbalan jurucakap Jabatan Negara AS Vedant Patel memberitahu pemberita bahawa koridor pertama sudah dibuka antara empat dan lima jam setiap hari, sejak beberapa hari lalu, dan itu membolehkan penduduk pergi ke kawasan yang lebih selamat.

Agensi Anadolu melaporkan, menurut Patel, koridor kedua yang akan dibuka di sepanjang pantai akan membolehkan lebih ramai orang sampai ke kawasan lebih selamat di selatan.



Beliau berkata, lintasan sempadan Rafah dengan Mesir dibuka untuk trak bantuan memasuki kawasan enklaf dan supaya warga asing dapat dikeluarkan dengan selamat, selain menyatakan bahawa 106 trak ke Gaza melalui lintasan itu pada Selasa lalu.

Patel turut ditanya oleh Anadolu mengenai kebimbangan terhadap integriti wilayah Gaza, dan komen oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang berkata, sebarang tindakan Israel untuk membahagikan Gaza kepada dua bahagian adalah tidak boleh diterima.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan




Jawapan Patel, beliau mengulangi pendirian AS bahawa tiada ‘pendudukan semula’ Gaza, boleh berlaku selepas konflik serta tiada percubaan untuk ‘menyekat atau mengepung’ kawasan itu.

Ditanya sama ada mereka yang meninggalkan utara Gaza akan dapat kembali, Patel berkata, pemindahan paksa orang awam dari Gaza bukanlah sesuatu yang disokong AS.

Patel menambah bahawa orang awam yang mungkin memanggil Gaza sebagai rumah ‘sepatutnya boleh pulang.’

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby mengumumkan bahawa Israel bersetuju untuk memulakan jeda kemanusiaan selama empat jam setiap hari di bahagian utara Semenanjung Gaza yang dikepung.



Penangguhan singkat itu akan membolehkan bantuan kemanusiaan dipindahkan ke kawasan di mana ia dilaksanakan dan akan membolehkan rakyat Palestin ‘keluar daripada bahaya’, menurut Kirby.

Menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, lebih 10,000 orang awam terbunuh, termasuk lebih 4,400 kanak-kanak, sejak 7 Oktober lalu.

Dua koridor kemanusiaan untuk penduduk Gaza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button