Wanita berputih mata RM468,000 lesap diperdaya Macau Scam

Wanita berputih mata RM468,000 lesap diperdaya Macau Scam

Batu Pahat: Seorang penjawat awam berputih mata kerugian RM468,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon dari individu menyamar pegawai polis awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian bermula 4 Ogos lalu apabila mangsa wanita berusia 38 tahun menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Dalam panggilan telefon berkenaan, individu itu menyatakan bahawa melalui maklumat peribadi mangsa terbabit dalam jenayah pengubahan wang haram.



“Suspek menawarkan mangsa bantuan untuk menyelesaikan kes yang mangsa hadapi dengan membuat pembayaran ke akaun bank diberikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, mangsa yang percaya dengan kata-kata suspek membuat pembayaran berjumlah RM 70,000.

“Suspek juga meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan dalam talian milik mangsa kepada suspek kononnya bagi tujuan siasatan.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila sehingga kini wang berjumlah RM398,000 yang dipindahkan tidak dikembalikan kepada mangsa,” katanya.



Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan juga denda.

“Kita nasihatkan orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

“Orang ramai juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan jika mempunyai sebarang keraguan,” katanya.

Menteri PN Serahkan Surat Bantah PRU 15 Tahun Ini Kepada Agong

Wanita berputih mata RM468,000 lesap diperdaya Macau Scam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :





Menteri PN Serahkan Surat Bantah PRU 15 Tahun Ini Kepada Agong

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker