Ringgit kembali meningkat berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit kembali pulih dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat belian yang diperbaharui menjelang pengumuman minit yang dijadualkan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS dan data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) minggu ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, nilai ringgit melantun untuk diniagakan pada 4.4250/4335 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.4310/4345

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pengeluaran data inflasi PCE pada Jumaat ini akan menyediakan peringkat kemas kini unjuran pegawai Rizab Persekutuan pada mesyuarat 22 Mac.

“Namun begitu, mata wang tempatan dibuka lebih kukuh hari ini adalah berdasarkan kepada pemulihan yen Jepun dan yuan China semasa sesi dagangan Jumaat lalu,” katanya kepada Bernama.



Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2922/2987 daripada 3.2864/2892 pada penutup Jumaat dan lebih lemah berbanding dolar Singapura pada 3.3087/3155 daripada 3.3062/3093,

Nilai ringgit turut rendah berbanding euro pada 4.7255/7345 daripada 4.7137/7174 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.3184/3286 daripada 5.2919/2961 sebelumnya.

Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker