Arsenal atasi Bodo/Glimt
LONDON: Arsenal menewaskan juara Norway, Bodo/Glimt 3-0 dalam aksi Liga Europa di Stadium Emirates untuk kemenangan kedua berturut-turut Kumpulan A.
Gol-gol babak pertama jaringan Eddie Nketiah dan Rob Holding, serta Fabio Vieira ketika permainan berbaki enam minit meletakkan mereka di tangga teratas kumpulan.
Pertembungan dengan PSV Eindhoven bulan lalu terpaksa ditangguhkan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
“Saya amat gembira dengan kemenangan ini, enam mata dan tanpa bolos. Tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki.
“Terdapat lapan pertukaran, anda boleh melihatnya, rentak kurang tepat. Di kawasan lawan kami kelihatan berbahaya, gol-gol sangat baik,” kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta.
Yorbe Vertessen dan Cody Gakpo masing-masing meledak dua gol ketika PSV Eindhoven membelasah FC Zurich 5-1 di Switzerland.