Budak mati dalam pelukan guru

Bangkok: Menggemparkan apabila bekas pegawai polis yang menghadapi pertuduhan dadah menceroboh sebuah taska di Thailand, semalam, dan membunuh puluhan kanak-kanak prasekolah serta guru, dan menembak lebih ramai lagi ketika melarikan diri.

Sekurang-kurangnya 36 individu terkorban dalam kes amukan paling dahsyat dalam sejarah negara dan ramai juga cedera akibat insiden itu.

Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak.

Suspek, yang dipecat dari polis pada awal tahun ini, kemudian membunuh isteri dan anak di rumahnya sebelum membunuh diri.

Gambar diambil oleh saksi pertama menunjukkan lantai sekolah dipenuhi dengan mayat kanak-kanak yang berselimut di tempat tidur mereka.

Imej itu menunjukkan tetakan di muka mangsa dan tembakan di kepala hingga berlumuran darah.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu tidur pada waktu tengah hari.

Seorang guru memberitahu penyiar Thai PBS bahawa penyerang itu keluar dari kereta dan segera menembak seorang lelaki yang sedang makan tengah hari di luar, kemudian melepaskan lebih banyak tembakan.

Sebaik penyerang berhenti sebentar untuk memuat semula peluru, guru itu berlari ke dalam taska.

“Saya berlari ke belakang, kanak-kanak sedang tidur.

“Kanak-kanak itu berumur sekitar dua atau tiga tahun, ” kata wanita ktu

Seorang lagi saksi berkata, kakitangan taska sudah mengunci pintu, tetapi lelaki bersenjata itu menembak dan masuk ke dalam premis itu.

“Guru yang meninggal dunia mempunyai seorang kanak-kanak dalam pelukannya.

“Saya tidak fikir dia akan membunuh kanak-kanak, tetapi dia menembak di pintu dan dapat masuk,” kata seorang saksi yang tidak mendedahkan namanya kepada televisyen Thailand, Kom Chad Luek.

Sementara itu, jurucakap polis Archayon Kraithong berkata, sekurang-kurangnya 10 individu cedera, termasuk enam kritikal.

Serangan itu berlaku di luar bandar Uthai Sawan di wilayah timur laut Thailand, Nongbua Lamphu, salah satu wilayah termiskin di negara itu.

Video diambil oleh saksi pertama yang tiba di tempat kejadian menunjukkan anggota penyelamat bergegas masuk ke dalam bangunan satu tingkat itu melepasi pintu depan kaca yang pecah, dengan titisan darah kelihatan di atas tanah di pintu masuk.

Dalam rakaman disiarkan dalam talian selepas serangan itu, ahli keluarga yang panik kedengaran menangis di luar bangunan.

Satu imej menunjukkan lantai berlumuran darah di mana tikar tidur bertaburan di sekeliling bilik dipenuhi abjad dan hiasan berwarna-warni lain menghiasi dinding

Polis mengenal pasti penyerang sebagai bekas pegawai polis berusia 34 tahun, Panya Kamrap.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker