Dendam Kesumat Punca Muhyiddin Cetus Perang Dengan UMNO

KUALA LUMPUR – Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencetuskan perang dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan oleh dendam kesumat peribadinya kepada parti itu.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Muhyiddin sendiri tahu bahawa dasar yang dibawa oleh UMNO/BN adalah yang terbaik untuk rakyat kerana beliau pernah memegang jawatan penting dalam parti tersebut.

“Cetus perang antara PPBM dan UMNO/BN ini bukan baru sahaja bermula. Kita pun tahu dia tidak bersetuju dengan kita setelah parti mengambil tindakan terhadap beliau. Sudah semestinya ini satu dendam kesumat peribadinya sendiri.

“Bukan disebabkan beliau tidak bersetuju dengan dasar parti. Saya yakin dan percaya kerana beliau pernah memegang jawatan penting dalam parti, sudah semestinya beliau mengetahui bahawa sesungguhnya dasar yang dibawa oleh UMNO/BN akan dapat memenangi hati rakyat.



“Cuma kekalahan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu adalah disebabkan fitnah yang digembar-gemburkan. Sekarang ini, beliau telah melihat bahawa rakyat mula memberi kepercayaan kepada UMNO/BN lebih-lebih lagi apabila kita berjaya memenangi beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN), maka itulah sebabnya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas itu kepada UMNO Online.

Beliau yang juga merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka turut menyeru kepada semua pengundi untuk memberikan semula mandat kepada UMNO/BN serta menyatakan kepercayaan mereka dengan menzahirkan undi.

“Saya mohon kepada semua pengundi di seluruh negara ini supaya memberikan serta menyatakan kepercayaan kepada UMNO/BN melalui undi saudara sekalian.

“Kalian berhak untuk menentukan kerajaan yang akan mentadbir negara ini dan sudah semestinya UMNO/BN adalah pilihan yang terbaik,” ujar Exco Kerajaan Negeri Melaka itu.



Pada hujung September media melaporkan bahawa Muhyiddin menyeru ahli parti komponen gabungan PN untuk memusuhi UMNO/BN pada PRU ke-15 serta bergerak dalam satu pasukan dengan hala tuju yang sama.  UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker