Liga besbol kebangsaan diperkenalkan



KUALA LUMPUR: Penganjuran Liga Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 bermula Januari tahun depan diyakini mampu ‘menghidupkan’ sukan itu di negara ini sekali gus menjadi medan untuk mencungkil bakat-bakat baharu bagi mewakili pasukan negara.

Presiden Persekutuan Besbal Malaysia, Sazali Husain berkata, sokongan daripada syarikat korporat berjaya merealisasikan hasrat untuk menganjurkan NBL buat kali pertama sekali gus untuk mengangkat sukan berkenaan ke tahap lebih tinggi.

Katanya, setakat ini, lapan pasukan sudah mengesahkan penyertaan dan jumlah itu dijangka meningkat sebelum saingan bermula.

“Sokongan daripada badan korporat membolehkan penganjuran liga pada kali ini lebih panjang dengan mengikut format yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.



“Boleh saya katakan ini adalah kali pertama dianjurkan liga bertaraf profesional dengan majlis pelancaran pada hujung tahun ini.

“Berdasarkan kepada fasiliti pula, seperti kita tahu, pihak persatuan sering mengadakan program pembangunan termasuklah mempertingkatkan kemudahan yang ada untuk digunakan pada saingan liga kelak,” katanya, ketika ditemui pada majlis pengumuman Aeon Big (M) Sdn Bhd dan Bubbles02 Sdn Bhd sebagai penaja utama NBL 2023, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Aeon Big (M) Sdn Bhd, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, berkata penajaan terhadap penganjuran NBL 2023 itu diharap mampu ‘menghidupkan’ sukan terbabit di negara ini.

“Ini adalah salah satu inisiatif kami berikan sesuatu kepada komuniti walaupun besbol suatu ketika dahulu kurang dikenali namun sekarang ini sukan terbabit sudah semakin diminati masyarakat,” katanya.



METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker