Gas Malaysia peruntuk sehingga RM1.4 bilion bina paip gas 800 km

Gas Malaysia peruntuk sehingga RM1.4 bilion bina paip gas 800 km

Gas Malaysia peruntuk sehingga RM1.4 bilion bina paip gas 800 km
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) bersama Pengerusi Gas Malaysia Bhd, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia Bhd, Ahmad Hashimi Abdul Manap (kiri). – FOTO BERNAMA

Shah Alam: Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) akan memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) antara RM1.2 bilion dan RM1.4 bilion untuk membina talian paip gas sehingga 800 kilometer (km) di Semenanjung Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, walaupun tenaga boleh baharu (TBB) mula digunakan, syarikat itu yakin bahawa gas asli masih relevan untuk jangka panjang memandangkan bahan api ini mengeluarkan karbon dioksida lebih rendah berbanding bahan api fosil lain.

“Kami yakin lebih ramai pengguna akan melanggan kontrak jangka panjang Gas Malaysia berikutan pengalaman kami selama 31 tahun dalam perniagaan ini. Malah, semasa pandemik Covid-19, kami telah menambah tenaga kerja dan meneruskan pembinaan infrastruktur kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran ‘Pelan Kelestarian Perniagaan: Horizon Lebih Lestari’ Gas Malaysia oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad. Hadir sama ialah Pengerusi Gas Malaysia Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Ahmad Hashimi berkata sejak 30 tahun lepas, Gas Malaysia telah membina talian paip gas sepanjang 2,800km, khususnya di kawasan perindustrian dan beberapa kemudahan kawasan kediaman dan komersial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali


Mengulas peranan Gas Malaysia dalam mempromosi biometana sebagai sumber TBB, beliau berkata syarikat telah mewujudkan dua tapak operasi di Johor dan bercadang untuk membina dua tapak lagi sebelum separuh pertama tahun depan.

“Menerusi capex kira-kira RM15 juta hingga RM20 juta bagi setiap tapak yang meliputi stesen biometana dan perolehan jualan, kami menyasarkan untuk menggandakan jumlah stesen pada setiap tahun.

“Sebagai perintis dalam perniagaan biometana, kami berhasrat untuk mempromosi dan meneruskan sesi libat urus dengan kerajaan dan badan kawal selia bagi memastikan kami menerima cukup sokongan daripada kerajaan, dan mungkin ada banyak inisiatif pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi dalam ucapannya berkata peralihan daripada bahan api fosil bukan sahaja selaku reaksi kepada tekanan global, malah sebagai peluang kepada pertumbuhan dan inovasi.

“Kejayaan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) diramalkan meningkatkan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (bagi sektor berkenaan) daripada RM25 bilion pada 2023 kepada RM220 bilion menjelang 2050, menjana peluang pekerjaan kepada 310,000 orang,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ


Menurut Nik Nazmi sektor tenaga telah menyumbang kira-kira 28 peratus daripada KDNK dan memberi pekerjaan kepada 25 peratus tenaga kerja di negara ini selain berperanan sebagai sumber utama pendapatan negara, dengan produk berkaitan petroleum menyumbang 31 peratus daripada perolehan fiskal, manakala eksport tenaga menyumbang 13 peratus daripada jumlah nilai eksport.

“Jangkaan kepada pertumbuhan ekonomi dan penduduk, selain perbandaran pesat akan merangsang peningkatan terhadap permintaan tenaga yang diunjurkan menokok dua peratus pada setiap tahun menjelang 2050,” katanya.

Gas Malaysia peruntuk sehingga RM1.4 bilion bina paip gas 800 km


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker