Nama Muhammad kekal 10 nama paling popuar jadi pilihan di UK

Pemandangan bandar Chester di United Kingdom.

LONDON – Nama ‘Muhammad’ kekal direkodkan sebagai antara 10 nama paling popular yang menjadi pilihan ibu bapa di United Kingdom (UK).

Memetik laporan Daily Mail, Muhammad juga merupakan nama bayi lelaki paling popular di empat daripada sembilan wilayah negara itu.

Berdasarkan data dari Pejabat Statistik Kebangsaan, Noah dan Olivia disenaraikan sebagai nama paling popular masing-masing bagi bayi lelaki dan perempuan pada tahun 2021.

Nama Oliver jatuh ke tempat kedua setelah menjadi nama bayi lelaki paling popular selama lapan tahun.



Bagi bayi perempuan pula, nama Olivia mendahului senarai untuk tahun keenam berturut-turut.

“Data juga menunjukkan nama Henry menggantikan Jack dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki.

“Nama Freya, Florence dan Willow pula menggantikan Isabella, Rosie dan Sophia untuk bayi perempuan,” jelas laporan itu.

Golongan ibu berusia 35 tahun ke atas lebih cenderung menamakan bayi mereka dengan nama tradisional seperti Thomas manakala yang ibu lebih muda pula cenderung menggunakan versi dipendekkan seperti Tommy.



Olivia merupakan nama bayi perempuan paling popular di setiap wilayah Inggeris dan Wales kecuali East Midlands yang mana Amelia menjadi pilihan utama.

Sementara itu, beberapa nama baharu seperti Lara, Beatrice dan Sara serta Blake, Brody, Kai, Rupert, Tobias dan Nathan disenaraikan dalam 100 nama teratas paling popular bagi bayi perempuan dan lelaki di UK.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button