Penyanyi Hasnol & Marina Sah Cerai Talak Satu

Penyanyi Hasnol & Marina Sah Cerai Talak Satu

Penyanyi Hasnol & Marina Sah Cerai Talak Satu

Penyanyi Hasnol Hassan Ariff sah bercerai bersama isterinya, Marina Mohin dengan talak satu di Mahkamah Syariah Bangi, Selangor, kira-kira jam 12.18 tengah hari tadi.

Meski reda, Hasnol, 52, bersyukur kerana akhirnya proses perceraian diselesaikan dengan baik.

“Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Tiada permusuhan dan insiden tak diingini sebab kami dah terima kenyataan tak dapat hidup bersama lagi. Seumpama tiada rasa sakit,” katanya, memetik Astro Gempak.

Hasnol pada masa sama turut menitipkan pesanan ikhlas buat Marina yang telah menjadi isterinya selama 12 tahun.

“Saya cuma mahukan dia juga cari kebahagiaan yang diimpikan,” katanya lagi.

Hasnol berkahwin dengan Marina pada 2010 dan mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berumur 11 tahun.

Sementara menerusi perkahwinan pertamanya dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, Hasnol dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.

Terdahulu pada 2015 sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga pasangan ini pernah bergolak, namun ia kembali pulih seperti sedia kala.

RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan

 

Penyanyi Hasnol & Marina Sah Cerai Talak Satu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker