Tuah masih melekat pada Zii Jia

Tuah masih melekat pada Zii Jia

Tuah masih melekat pada Zii Jia
ZII JIA telah menunjukkan peningkatan sejak dimasukkan dalam program RTG pada Jun lepas apabila kedudukan rankingnya semakin meningkat naik.

MASA depan jaguh perseo­ra­ngan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dalam Road to Gold (RTG) masih lagi cerah selepas dikekalkan dalam program elit itu hasil keputusan mesyuarat jawatankuasa RTG di Bukit Jalil semalam.

Namun, Zii Jia diberi tempoh sehingga 14 November ini untuk menandatangani perjanjian komitmen dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan sekiranya mahu mendapat manfaat penuh program RTG pada masa akan datang.

Koordinator RTG, Datuk Stuart­ Ramalingam berkata, Zii Jia telah menunjukkan peningkatan sejak dimasukkan dalam program RTG pada Jun lepas apabila kedudukan rankingnya semakin meningkat naik.

“Zii Jia telah menunjukkan peningkatan prestasi dan dia masih lagi dikekalkan dalam program ini. Cuma, dia masih belum menandatangani perjanjian komitmen seperti yang telah dilakukan oleh atlet RTG yang lain.

“Justeru, pihak jawatankuasa memberi tempoh sehingga 14 November ini sebagai tarikh akhir untuk dia menandatangani dokumen tersebut.

“Kita telah menghantar emel untuk membuat perjumpaan tetapi dia agak sibuk dan harap dapat memberikan sedikit masa bertemu kami dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan, Zii Jia hanya diberikan kemudahan asas berkaitan sains sukan sebelum ini dan tidak menerima sebarang elaun tambahan selagi belum menandata­ngani perjanjian tersebut.

“Sejak Jun lepas, Zii Jia telah diberikan kemudahan asas RTG tetapi tidak menerima elaun.

“Pihak kami sangat berharap dia dapat berbuat demikian secepat mungkin kerana atlet seperti Datuk Azizulhasni Awang dan Datuk Pandelela Rinong pun sudah menandatangani perjanjian itu,” katanya.

Tuah masih melekat pada Zii Jia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker