Woods selamat jalani pembedahan

Los Angeles: Tiger Woods berkata dia sudah menjalani satu lagi pembedahan pada bahagian bawah kaki kanannya kesan daripada kecederaan parah yang dialami ketika kemalangan kereta pada 2021.

Satu catatan di laman Twitter rasmi milik juara utama 15 kali itu berkata dia menjalani “prosedur gabungan subtalar untuk menangani arthritis kesan daripada tulang talus yang patah sebelum ini.”

Sendi subtalar terletak di bawah sendi buku lali, dan pembedahan itu boleh melegakan kesakitan.

Bagaimanapun tiada tarikh yang diberikan bila Woods akan kembali beraksi selepas menjalani pembedahan yang dilakukan oleh Dr Martin O’Malley di HSS Sports Medicine di New York.

“Saya tidak tahu berapa banyak lagi pembedahan yang perlu dilakukan,” katanya sambil menambah bahawa dia berasa ‘sangat bertuah’ kerana masih mempunyai kaki kanannya.

“Ia sangat sukar dan sentiasa menjadi sukar. Keupayaan dan ketahanan kaki saya pada masa hadapan tidak akan pernah sama.

“Itu sebabnya saya tidak boleh membuat persediaan dan bermain seberapa banyak kejohanan yang saya nak. Itulah masa depan saya dan saya OK dengan itu.”

Woods baru-baru ini bertanding di Masters, di mana dia menarik diri di awal pusingan ketiga selepas mengadu plantar fasciitis menyakitkan kakinya.

Woods hanya beraksi lima kejohanan sejak terbabit dengan kemalangan pada Februari 2021 berhampiran Los Angeles, melengkapkan 72 lubang hanya dua kali.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker