PPBM Makin Tertekan, UMNO Ambil Sikap Berhati-Hati Dengan Sokongan Hajiji DI Sabah

PPBM Makin Tertekan, UMNO Ambil Sikap Berhati-Hati Dengan Sokongan Hajiji DI Sabah

Parti PPBM pimpinan Muhyiddin Yasin dilihat berada dalam keadaan yang semakin sukar dalam membuat persiapan menghadapi PRU 15.

Di Selangor, dilaporkan hanya segelintir pemimpin PAS Selangor yang hadir dalam Majlis Penyampaian Watikah PN Selangor oleh Muhyiddin sendiri.

Ianya memberikan gambaran bahawa berlaku perpecahan antara PPBM Selangor dan PAS Selangor.



Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/10/07/hanya-3-orang-pemimpin-pas-hadir-dalam-majlis-penyampaian-watikah-pn-selangor/

Sebelum itu, dalam satu sidang media yang dibuat oleh presiden UMNO, DS Zahid, beliau memaklumkan kepimpinan GRS Sabah memberikan jaminan akan menyokong calon BN di Sabah.

Sudah pasti janji yang diberikan oleh pemimpin tertinggi GRS Sabah ini menimbulkan spekulasi di kalangan rakyat dan pemerhati politik tanah air.



Apakah mungkin telah berlaku perpecahan atau perselisihan pendapat antara kepimpinan PPBM Sabah dengan kepimpinan PPBM pusat?

Sekiranya apa yang dijanjikan oleh Hajiji selaku Pengerusi GRS Sabah itu adalah benar, dalam menghadapi PRU 15, PPBM bukan sahaja menghadapi defisit sokongan rakyat.

Malah PPBM juga dilihat sedang menghadapi defisit keyakinan pemimpin peringkat negeri.

UMNO Ambil Sikap Berhati Hati

PPBM Makin Tertekan, UMNO Ambil Sikap Berhati-Hati Dengan Sokongan Hajiji DI Sabah

Namun begitu, sumber dalaman UMNO memaklumkan, UMNO masih lagi mengambil sikap berhati-hati dengan janji yang diberikan oleh Hajiji.

Sekiranya Hajiji benar-benar jujur, sudah pasti UMNO akan menerimnya dengan tangan yang terbuka.

Namun begitu, dari sudut lain, UMNO juga melihat kemungkinan janji Hajiji itu adalah sekadar mahu memperalatkan jentera pilihanraya UMNO di Sabah dalam PRU 15.

Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen dan di dalam PRU 14 yang lepas, PPBM tidak memenangi sebarang kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Manakala Barisan Nasional memenangi 10 kerusi parlimen, Warisan 8, DAP 3, PKR 3 dan Solidariti 1 kerusi parlimen.

Apakah ada kemungkinan janji Hajiji itu sekadar mahu ‘mencuri’ beberapa kerusi selamat yang dimenangi dalam PRU 14 yang lepas?

Ianya tidak mustahil, kerana mereka sudah pun melakukannya ketika PRN Sabah yang lepas.

Jadi UMNO masih lagi menerima janji Hajiji dengan sikap berhati-hati supaya tidak dipatuk ular yang sama untuk kali kedua.

 

PPBM Makin Tertekan, UMNO Ambil Sikap Berhati-Hati Dengan Sokongan Hajiji DI Sabah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker