PRU15 hanya akan berlangsung pada 2023?

Melengahkan bubar Parlimen undang risiko

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PRU15 hanya akan berlangsung pada 2023?

 



Ura-ura Pilihanraya Umum Ke-15 akan diadakan pada 2022 nampaknya masih belum kesampaian. Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri, semalam telah mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong namun difahamkan tiada agenda pembubaran Parlimen dipersembahkan.

Ramai tertanya adakah ini isyarat dari Ismail PRU15 akan ditempohkan sehingga keadaan sesuai. Pada pandangan mereka, inilah tindakan terbaik Ismail Sabri dalam menjaga kebajikan rakyat dan menunggu keadaan tenang sambil memulihkan keadaan ekonomi serta inflasi yang melanda.

Oleh demikian, pada hemat penyokong kerajaan Keluarga Malaysia dan Ismail, tempoh sesuai untuk diadakan PRU15 ialah pada 2023.

Ini akan memberi kelegaan kepada semua pihak termasuk pembangkang untuk lebih bersedia dan membuat perancangan teliti bagi berdepan PRU15.



Sesuatu yang boleh dipuji, usaha Ismail Sabri nampaknya sudah boleh mengadaptasi kehendak pembangkang dan PPBM yang merupakan rakan sekutu dalam Keluarga Malaysia.

Ini semua tidak akan terjadi jika bukan kerana Ismail Sabri memegang tampuk pemerintahan negara dan beliau telah berjaya membuka lembaran baru dalam ertikata kerjasama politik.

TIDAK SOKONG BELANJAWAN TETAPI SOKONG ISMAIL SEBAGAI PM

 

PRU15 hanya akan berlangsung pada 2023?



Walaupun ada suara sumbang dalam PN menyatakan kemungkinan tidak akan menyokong usul Belanjawan 2023, ternyata ia tidak memberi kesan langsung.

Berikan masa kepada Perdana Menteri untuk menentukan tempoh pembubaran Parlimen. Usah digusarkan kerana selepas PRU15, parti mana sekalipun yang menang, mungkin mereka akan namakan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Perikatan Nasional merupakan sekutu yang baik untuk Keluarga Malaysia dan kerjasama ini tidak harus dihentikan hanya kepada perbezaan politik. Mana tahu, dengan kerjasama begini jawatan PM boleh digilirkan antara Ismail dan Muhyiddin di masa hadapan.

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button