Guru kendong murid tertidur di sekolah

Guru kendong murid tertidur di sekolah

Guru kendong murid tertidur di sekolah
XU Longjun akan menggendong dan membawa pulang Yinyuan, jika pelajarnya itu diserang narkolepsi. FOTO Weibo

Beijing: Seorang guru baik hati di Sekolah Menengah Chongqing Dianjiang di barat daya China dirakam kamera pengawasan sedang menggendong murid lelaki yang tertidur di sekolah itu, baru-baru ini, lapor akhbar tempatan cqnews.net.

Xu Longjun akan menggendong dan membawa pulang pelajarnya itu, jika kanak-kanak itu tertidur.

Ia kerana dia mengetahui bahawa kanak-kanak itu menghadapi penyakit jarang jumpa iaitu narkolepsi, kecenderungan yang melampau untuk tertidur.

Xu akan membawa muridnya ke kereta sebelum memandu ke rumah kanak-kanak itu. Budak itu akan dijaga oleh datuk dan neneknya.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, pesakit narkolepsi boleh menjadi mengantuk pada siang hari dan sukar untuk membangunkan mereka daripada tidur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu


Penyakit yang sangat jarang berlaku, narkolepsi hanya menjejaskan 0.03 hingga 0.16 peratus daripada populasi dan walaupun ia boleh menyerang pada sebarang umur, ia lebih biasa dalam kalangan remaja lelaki, menurut akhbar The Paper.

Huang Shichang, seorang doktor dari Hospital Universiti Peking di Beijing, memberitahu baidu.com bahawa jika keadaan tidak bertambah baik, penghidap secara beransur-ansur boleh kehilangan ingatan, keupayaan untuk menumpukan perhatian, dan kemahiran koordinasi mereka.

Xu berkata, dia mula menyedari murid lelaki dikenali sebagai Yinyuan itu tidur berlebihan, kira-kira dua tahun lalu.

Dia pernah menyimbah air ke muka muridnya itu, malah mencubitnya dalam usaha untuk mengejutkannya, tetapi ia tidak berjaya.

Guru itu memaklumkan kepada keluarga Yinyuan dan mencadangkan mereka membawanya ke hospital di mana doktor mendiagnosis budak lelaki itu mengalami narkolepsi.

Walaupun sudah dirawat, keadaan budak lelaki itu masih belum sembuh walaupun ada bertambah baik sedikit.

“Kekerapan serangan narkolepsinya adalah dua hingga tiga kali seminggu sebelum ini. Ia menurun sedikit sejak tahun lalu,” kata Xu.

Xu berkata, dia perlu menghantar muridnya itu pulang ke rumah kerana bimbang kemungkinan berlaku kemalangan.

Guru kendong murid tertidur di sekolah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ralat & Permohonan Maaf

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker