Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Buat penggemar petai hidangan ini sememangnya membuka selera. Sila rujuk bahagian TIPS untuk cara mendapatkan sambal tumis yang masak sempurna dan sedap.

Sebelum masukkan bahan kisar halus, Che Nom tumis dulu bawang besar supaya rasa sambal akan menjadi lebih manis dan sedap apabila bawang itu lembut dan masak sebati bersama cili serta bahan kisar lain. Ini adalah petua dan ilmu yang diperolehi dari seorang kenalan yang terkenal dengan masakan sambal tumisnya yang sangat sedap.

Anda boleh masukkan petai di akhir proses masak jika lebih suka petai yang masih mempunyai tekstur rangup apabila dimakan.

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk isi petai
  • 2 gengam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit pati air asam jawa, ATAU 1 keping asam gelugor
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • 1 biji bawang besar, hiris membulat untuk taburan di akhir masakan
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 6 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 1 biji bawang besar
    • 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
    • 1 inci halia
    • secubit belacan

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan bilis hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis bawang besar (yang dihiris kasar) sehingga layu. Jangan tumis bawang terlalu lama kerana kita cuma mahukan bawang itu layu dan ia akan menambahkan rasa manis di dalam sambal bila dimasak nanti.
  3. Masukkan bahan kisar halus dan kacau perlahan sehinga sambal pecah minyak dan warna sambal bertukar menjadi merah gelap. Tambah sedikit air jika kering.
  4. Masukkan pula air asam jawa dan sos tiram.
  5. Masukkan ikan bilis goreng, isi petai dan gula secukup rasa.
  6. Sebelum angkat, taburkan dan kacau sekejap hirisan bawang besar yang dihiris membulat jika anda suka.

Tip:

  • Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan kisar halus hendaklah dimasak di dalam minyak yang agak banyak sehingga sambal pecah minyak. Dengan cara ini, sambal akan masak dengan sempurna, wangi serta tahan lama. Anda boleh buang lebihan minyak selepas sambal sudah masak nanti.
  • Che Nom tidak masukkan garam dalam sambal kerana ikan bilis dan sos tiram sudah masin rasanya. Boleh rasa dahulu kuah sambal sebelum masukkan garam mengikut citarasa anda.

Menteri PN Serahkan Surat Bantah PRU 15 Tahun Ini Kepada Agong

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Menteri PN Serahkan Surat Bantah PRU 15 Tahun Ini Kepada Agong

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker