Sekurang-kurangya tiga pelajar maut tembok sekolah runtuh

JAKARTA – Sekurang-kurangnya tiga pelajar maut, manakala dua lagi cedera selepas tembok sempadan sebuah sekolah runtuh di Cilandak, Jakarta Selatan akibat hujan lebat.

Hujan tanpa henti di Jakarta sejak semalam dan limpahan air sungai menyebabkan struktur tembok sekolah itu tidak stabil dan runtuh, menurut Agensi Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan.

Bangunan sekolah itu terletak berhampiran sungai dan di tanah rendah, menurut jurucakap, Michael, sambil memaklumkan pegawai bertugas giat mengumpul data untuk siasatan insiden tersebut.



Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke hospital, manakala pihak berkuasa menghantar pekerja untuk membersihkan sisa runtuhan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button