Warga Bangladesh didenda RM3,000 kerana rasuah anggota polis RM50

Warga Bangladesh didenda RM3,000 kerana rasuah anggota polis RM50

Warga Bangladesh didenda RM3,000 kerana rasuah anggota polis RM50
PEKERJA ladang warga Bangladesh dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. FOTO L Manimaran

Ipoh: Gara-gara rasuah RM50, seorang pekerja ladang warganegara Bangladesh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh di sini hari ini, selepas mengaku bersalah merasuah seorang anggota polis.

Tertuduh, Khan Obaydul, 30, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Mahkamah turut menetapkan hukuman satu bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda itu.

Mengikut pertuduhan, Khan telah secara rasuah memberi suatu suapan, iaitu wang RM50 kepada seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Ayer Tawar sebagai balasan baginya melepaskan dia daripada diambil tindakan undang-undang kerana tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di kawasan Jalan Kampung Muhibbah, Ayer Tawar pada jam 2 petang, 11 Mei tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Wang rasuah berjumlah RM50 dilucuthakkan di bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kepada kerajaan Malaysia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Menteri PN Serahkan Surat Bantah PRU 15 Tahun Ini Kepada Agong

Warga Bangladesh didenda RM3,000 kerana rasuah anggota polis RM50

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Menteri PN Serahkan Surat Bantah PRU 15 Tahun Ini Kepada Agong

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker