Nabila Razali & Keisya Levronka Duet Bersama

“Akhirnya Kak Nab Jumpa Geng”

Nabila Razali & Keisya Levronka Duet Bersama

Nabila Razali & Keisya Levronka Duet Bersama

Mungkin ramai sudah mengetahui dua penyanyi berbakat, Nabila Razali dan Keisya Levronka disatukan dalam versi duet lagu Tak Ingin Usai yang akan dilancarkan esok.

Perkara itu telah dikongsi oleh Nabila dan Keisya di platform media sosial milik masing-masing. Ia semestinya membuatkan ramai peminat dari Malaysia dan tentunya Indonesia berasa teruja menantikan hasil sentuhan terbaru itu.

Murai MY juga meninjau reaksi orang ramai di aplikasi TikTok menerusi akaun @afiqaziz88 yang turut seakan teruja menunggu versi duet lagu nyanyian asal Keisya Levronka itu.

Selain komen-komen netizen yang menyokong, tidak kurang juga ada warganet yang ‘bergurau manja’ tentang nyanyian dua penyanyi yang masing-masing pernah dikritik kualiti vokal mereka sebelum ini.

“Buku bertemu ruas, boleh sumbang sama-sama atas pentas.

“Dua paduan suara yang mantap.

“Memang ngam dua dua ke laut live.

“Akhirnya Kak Nab jumpa geng.

“Tak sabar nak tengok diorang nyanyi live sama-sama,” antara yang ditulis netizen.

@88afiqaziz

duet nabila & keisya 7/10/2022 #takinginusai #nabilarazali #keisyalevronka #fyp #foryou 7/10/2022

♬ original sound – afiqaziz88 – afiqaziz88

Nabila Razali & Keisya Levronka Duet Bersama
TikTok: @afiqaziz88
Nabila Razali & Keisya Levronka Duet Bersama
TikTok: @afiqaziz88

 

Terdahulu, lagu Tak Ingin Usai mendapat sambutan luar biasa dan tular di Indonesia, tak kurang juga di negara kita.

Apapun, Murai MY percaya bahawa setiap penyanyi mempunyai aura dan kelebihan masing-masing. Semoga Nabila Razali dan Keisya Levronka terus sukses!

Nabila Razali & Keisya Levronka Duet Bersama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker