2 lelaki Nepal maut, polis jumpa tukul di lokasi kejadian

2 lelaki Nepal maut, polis jumpa tukul di lokasi kejadian

2 lelaki Nepal maut, polis jumpa tukul di lokasi kejadian
Mayat dua lelaki warga Nepal dibawa ke hospital untuk bedah siasat. – NSTP/AZRUL EDHAM

SEREMBAN: Dua lelaki warga Nepal ditemui maut dengan kesan kecederaan pada muka di sebuah premis yang dijadikan kantin pekerja di Jalan Haruan 4/7, Taman Perindustrian Oakland, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, seorang lagi lelaki senegara dipercayai pengurus kantin, ditemui di lokasi sama, namun tidak mengalami kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata kejadian dipercayai akibat pengaruh alkohol, namun polis sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif sebenar.



“Polis menerima maklumat daripada orang awam jam 6.25 petang tadi memaklumkan terdapat kes kematian di lokasi sebelum sepasukan anggota ke tempat kejadian. Sebaik tiba, polis menemui dua lelaki dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

“Terdapat kesan darah di lokasi kejadian selain kesan kecederaan pada muka kedua-dua mayat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, mayat kedua-dua lelaki berkenaan berada agak jauh antara satu sama lain, malah seorang lagi lelaki warga Nepal berusia 37 tahun turut berada di lokasi.

“Siasatan awal polis menemui satu tukul dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian ini. Suspek lelaki warga Nepal berkenaan ditahan bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut dua mangsa masing-masing berusia 35 dan 46 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat sama.



“Kedua-dua mangsa tinggal berdekatan lokasi kejadian. Premis ini dijadikan kantin bagi pekerja keselamatan untuk mendapatkan makanan. Kami akan memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian. Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.

2 lelaki Nepal maut, polis jumpa tukul di lokasi kejadian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker