Semua Perdana Menteri Mahathir kacau , Sejak bila Mahathir sayang Ismail Sabri?

 Oleh Adam Malik

Kedudukan Ismail Sabri terancam? Sejak bila Mahathir Sayang Perdana Menteri UMNO?

Mahathir membuat kenyataan baru2 ini bahawa UMNO berpeluang memenangi pilihanraya ke15 , namun kedudukan Ismail Sabri terancam kata nya.



Sambil itu Mahathir mahu menafikan UMNO sememang dihati rakyat dengan menyatakan kemenangan UMNO kerana ada wang yang banyak dan bukan kerana rakyat benci Pakatan Harapan dan Mahathir sekaligus.

 

Itu cara Mahathir mengelak mengaku UMNO dan Barisan Nasional lebih dipercayai oleh rakyat setelah Mahathir dan Pakatan Harapan menipu seluruh negara dengan janji Manifesto yang ternyata sekadar satu ‘scam’ dan ‘fake news”.



Dalam kenyataan yang sama Mahathir telah menyatakan kedudukan Ismail Sabri tidak selamat dan akan disingkirkan oleh UMNO kemudian nanti.

Apa yang penting untuk dilihat pada kenyataan putar belit Mahathir ini adalah semenjak bila pula kedudukan Perdana Menteri itu selamat dari Mahathir sendiri?

Sejarah menunjuk kan tiada Perdana Menteri pun selamat selagi ada Mahathir.



Tabiat Mahathir dari dulu lagi sentiasa menjatuhkan Perdana Menteri.

Hanya dua Perdana Menteri sahaja yang terselamat dari gangguan Mahathir.

Perdana Menteri itu adalah Arwah Tun Razak dan Hussien Onn.

Itu pun kerana Mahathir tiada kesempatan dan bukan kerana sayang Perdana Menteri.



Arwah Tun Razak terlalu singkat dan meninggal kerana  sakit dan Arwah Tun Hussein On kerana tidak sihat dan undur diri.

Selain dari mereka semua Mahathir ganggu dan kacau seawal Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri lagi.

Malah Mahathir juga jatuhkan Perdana Menteri ke 7 ia itu Mahathir Mohamad Perdana Menteri Pakatan Harapan kerana perlu menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim  setelah janji pegang jawatan selama dua tahun.



Menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim umpama Mahathir serah Daim Zainuddin ke mahkamah.

Perdana Menteri yang Turut menjadi mangsa Mahathir adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.

Kini , apabila Mahathir menyibuk dengan jawatan Perdana Menteri Ismail Sabri , dan menyatakan kedudukan DSIS tidak selamat selepas UMNO dan BN memerintah , menunjukkan kerisauan Mahathir berkenaan keselamatan diri dan kuncu2  nya.



Kepada Mahathir DSIS ada lah Perdana Menteri  yang ‘selamat” yang tidak akan membuat desakan atau arahan mendakwa Mahathir , mahu pun Zeti dan Nazlan.

Itu sebab Mahathir sibuk dan risau berkenaan kedudukan DSIS.

Mahathir tidak pernah sayang mana2 Perdana Menteri pun.

Sejarah telah membuktikan hal ini.

Malah Timbalan Perdana Menteri pun Mahathir ganggu dan tukar demi untuk “prolong” kedudukan nya sebagai Perdana Menteri 22 tahun.

Dengan menukar Timbalan Perdana Menteri maka Timbalan yang baru perlu masa untuk membina kedudukan untuk mencabar , atas sebab itu yang mencabar Mahathir bukan timbalan nya , tetapi Tengku Razaleigh Hamzah.

Anwar Ibrahim sudah hampir mencapai Hasrat mecabar tetapi Mahathir mencantas dengan kes Liwat 1.0.

“So near yet so very far ‘ dari jawatan Perdana Menteri

Konklusinya , pada kenyataan terbaru Mahathir bahawa Ismail akan disingkir jika UMNO/BN mencapai kemenangan ada lah “non of Mahathir business”.

Jika UMNO/BN hendak tukar Ismail Sabri atau ahli UMNO menolak Ismail Sabri ia bukan urusan Mahathir pun.

Lambat laung Mahathir akan singkir Ismail juga apabila tiba waktunya dengan menaikan Perdana Menteri yang selamat yang tidak akan usik Mahathir dan kroni2 nya.

Atau , apabila telah jumpa Perdana Menteri yang akan menaikan Putera Mahkota dari keluarga Mahathir jika Ismail enggan akur.

 Mahathir mahu turut jejak mendiang Lee Kuan Yew , walaupun berkuasa menaik kan anak sendiri, namun dia tidak mahu tercatit dalam sejarah Singapura sebagai anak yang dinaik kan oleh bapa sendiri , lalu menggunakan Goh Chok Tong untuk menjayakan kehendak itu sambil duduk di tepi menjadi Mentor Minister memerhatikan hasrat terlaksana.

Maka, tidak mustahil Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri hanya setahun untuk melihat proses ini terlaksana , dimana Perdana Menteri lemah yang di’remote’ akan menaik kan anak nya, sambil berkata “bukan saya yang lantik anak saya, PM itu yang lantik”.

Itu Mahathir.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button