Ayam Masak Kam Heong

"<yoastmark

Ayam Masak Kam Heong

Biasanya Che Nom makan kat restoran Chinese Muslim. Hidangan ni sangat lah wangi, cukup rasa pedas dan berempah nya. Ada 2 bahagian iaitu mula-mua kita sediakan sos perapan ayam dan goreng….kemudian kita sediakan bancuhan sos untuk kuah ayam masak kam heong. Memang sedap dan kalau makan dgn nasi putih aja pun dah cukup.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk perapan ayam:
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap pekat manis
    • secubit garam
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
    • 1 biji telur
    • 2 sudu besar tepung jagung
  • Bahan-bahan untuk kuah:
    • 1 1/2 sudu besar serbuk kari
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar kicap pekat manis
    • 1 sudu besar kicap cair
    • 1/2 -1 sudu kecil gula
    • sedikit air
  • Bahan-bahan lain:
    • 2 cawan minyak masak
    • 1/2 – 1 sudu besar udang kering
    • 2-3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 batang serai
    • 1 tangkai daun kari
    • 1/2 biji bawang holland
    • 6-7 biji cili padi
    • sedikit air

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk perapan ayam:
    1. Perapkan ayam bersama sos tiram, kicap manis, sedikit garam, serbuk lada sulah dan telur.
    2. Gaul sekata.
    3. Masukkan tepung jagung.
    4. Perapkan selama 15-30 minit.
    5. Panaskan kuali.
    6. Gorengkan daun kari sekejap dan angkat (untuk hiasan).
    7. Goreng ayam sampai garing kekunigan.
    8. Kemudian boleh la angkat.
  2. Cara-cara untuk kuah
    1. Rendam udang kering dan toskan.
    2. Cincang kasar bawang merah dan bawang putih.
    3. Potong dadu bawang holland/ bawang besar.
    4. Hiris nipis cili padi.
    5. Tumbuk serai dan udang kering.
    6. Bancuh serbuk kari, sos tiram, kicap pekat manis, kicap cair (optional), gula perang/gula putih, dan sedikit air.
    7. Keluarkan minyak sikit dari kuali gorengan ayam tadi.
    8. Panaskan minyak.
    9. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk.
    10. Masukkan bawang yang telah dicincang, batang serai, daun kari, bawang holland dan cili padi.
    11. Goreng sekejap sehingga semua bahan lembut.
    12. Kemudian masukkan sos yang dibancuh tadi.
    13. Masak sehingga kuah pekat dan masak sebati.
    14. Tambah air sikit dan reneh sehingga masak rempah kari.
    15. Bila dah pekat, masukkan ayam goreng.
    16. Kalau nak lebih berkuah, tambahkan air.
    17. Masak sehingga ayam empuk dan menyerap semua kuah dengan sekata.

Kari Kepala Ikan



Ayam Masak Kam Heong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button