IMF luluskan RM6.04 bilion dana kecemasan untuk Ukraine

IMF luluskan RM6.04 bilion dana kecemasan untuk Ukraine

IMF luluskan RM6.04 bilion dana kecemasan untuk Ukraine

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memaklumkan pihaknya akan menyalurkan sebanyak AS$1.3 bilion (RM6.04 bilion) dana kecemasan kepada Ukraine menerusi program bantuan krisis makanan yang baharu.

Menurut IMF dalam kenyataan, bantuan kewangan tersebut akan membantu memenuhi `keperluan imbangan pembayaran segera’ untuk negara dilanda konflik itu.

Jelas kenyataan itu, dana tersebut juga memainkan peranan pemangkin bagi sokongan kewangan masa depan daripada pemiutang dan penderma Ukraine.

“Skala dan intensiti pencerobohan Russia di Ukraine sejak lebih tujuh bulan lalu menyebabkan penderitaan penduduk dan kejatuhan ekonomi yang teruk.

“Malah, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjurkan menguncup sebanyak 35 peratus pada 2022 berbanding 2021 dan keperluan pembiayaan kekal sangat besar,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendedahkan mengenai dana kecemasan IMF itu.

“Bantuan kewangan itu akan disalurkan kepada Ukraine hari ini,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva dan lembaga eksekutif dana itu atas bantuan tersebut.

Sementara itu, IMF memaklumkan kerajaan Ukraine `layak mendapat pujian’ kerana mengekalkan tahap penting kestabilan makro-kewangan meskipun berada dalam situasi yang amat mencabar.

Minggu lalu, Bank Dunia menyalurkan bantuan kewangan tambahan sebanyak AS$530 juta (RM2.4 bilion) kepada Ukraine untuk `memenuhi segera disebabkan pencerobohan Russia’. – AFP

Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

IMF luluskan RM6.04 bilion dana kecemasan untuk Ukraine

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker