Kubur besar ditemukan di bandar Lyman

Kubur besar ditemukan di bandar Lyman

Kubur besar ditemukan di bandar Lyman

KYIV: Pihak berkuasa Ukraine menemukan kubur besar di bandar Lyman di timur wilayah Donestsk, yang menjadi antara empat wilayah menjadi sebahagian daripada Russia.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Ukraine tidak mendedahkan jumlah mayat yang dikebumikan dalam kubur tersebut.



Lapor Al Jazeera, Gabenor wilayah timur Donetsk, Pavlo Kyrylenko berkata, pihak berkuasa di Lyman menemukan kubur besar yang kemungkinan mengandungi mayat tentera dan orang awam.

“Jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan lagi,” katanya menerusi Telegram.

Sementara itu, agensi berita Ukrinform memetik pegawai polis sebagai berkata, kubur besar dengan kira-kira 180 mayat ditemukan di bandar tersebut.

Media tempatan Kyiv Post pula melaporkan penemuan kubur besar yang mengandungi 180 mayat termasuk mangsa kanak-kanak kecil.



Lyman antara bandar terbaharu di Donetsk yang berjaya dirampas semula oleh tentera Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine menuduh tentera Russia melakukan kekejaman di kebanyakan wilayah yang dikuasai mereka namun Moscow menafikan dakwaan tersebut.

Bulan lalu, pihak berkuasa Ukraine menemukan kubur besar dengan lebih 440 mayat di Izium, bandar timur laut yang ditawan semula daripada tentera Russia.

Menurutnya, kebanyakan mayat terdiri daripada mangsa tembakan dan serangan udara.



Penemuan kubur besar di Izium mendorong Kesatuan Eropah (EU) menggesa penubuhan tribunal antarabangsa bagi jenayah perang terhadap Russia.

Malah, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menghantar pasukan pakar untuk menyiasat dakwaan jenayah perang sejak permulaan insiden pencerobohan Russia pada Februari lalu.

Lelaki kencing atas kubur bekas isteri setiap pagi



Kubur besar ditemukan di bandar Lyman

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button