Man City pintas Arsenal



LONDON: Manchester City melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Southampton 4-0, manakala Erling Haaland melebarkan rekod jaringannya kepada 10 perlawanan berturut-turut.

Joao Cancelo, Phil Foden dan Riyad Mahrez turut menemui sasaran untuk skuad kendalian Pep Guardiola sebelum Haaland melengkapkan kemenangan buat juara bertahan itu di Stadium Etihad.

Haaland sudah meledak 20 gol dalam 12 aksi kompetitif sejak perpindahan dari Borussia Dortmund.

Dengan bantuan penyerang Norway itu, City kini menjadi kelab pertama menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut untuk aksi liga tertinggi di laman sendiri sejak Wolves melakukannya pada tahun 1959.



City kini dua mata di depan Arsenal yang akan bertembung dengan Liverpool malam ini.

Skuad kendalian Guardiola hanya tewas sekali dalam 37 perlawanan liga, dengan kejuaraan kelima Liga Perdana Inggeris dalam enam musim menjadi sasaran mereka.

Mereka meledak 24 gol dalam enam perlawanan terakhir, memenangi lapan daripada sembilan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Bagi Southampton pula, kekalahan kelima berturut-turut menambah tekanan ke atas pengendalinya, Ralph Hasenhuttl.



City membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi Cancelo, diikuti jaringan Foden 12 minit kemudian. Mahrez meledak gol ketiga empat minit selepas rehat sebelum Haaland melengkapkan kemenangan pada minit ke-65.

“Saya kecewa dengannya! Dia tidak menjaringkan tiga gol. Jangkaan ke atasnya terlalu tinggi sehingga orang mengharapkan dia meledak tiga atau empat gol pada setiap perlawanan.

“Tetapi akhirnya dia menjaringkan gol. Dia membantu kami sekali lagi,” kata Guardiola berkenaan Haaland.

AFP





Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker