Mazryn Maysa Tampil Dengan Single Pertamanya “LUKA CINTA”

Mazryn Maysa Tampil Dengan Single Pertamanya “LUKA CINTA”

Mazryn Maysa Tampil Dengan Single Pertamanya “LUKA CINTA”

Mazryn Maysa Binti Masri atau lebih dikenali sebagai, Mazryn Maysa merupakan bakat baru dalam industri muzik di Malaysia. Setelah bernaung dibawah Whiteroom Music sebagai trainee, akhirnya dia muncul dengan single yang merupakan lagu sulungnya yang bertajuk “Luka Cinta”.

Berkecimpung Seawal 6 Tahun

Mazryn Maysa Tampil Dengan Single Pertamanya “LUKA CINTA”
via Whiteroom Music

Mazryn mula menunjukkan minat dalam bidang nyanyian seawal umur 6 tahun dan sering menonton rancangan nyanyian di televisyen seperti Tom Tom Bak dan Akademi Fantasia.

Pada usia 10 tahun, Mazryn telah mula memasuki pertandingan nyanyian peringkat sekolah rendah di beberapa daerah Melaka.

Pada pertandingan pertama, Mazryn telah membawa lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor dan ini memberi semangat kepadanya untuk menyertai lebih banyak pertandingan pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Bermula Di Media Sosial

Pada tahun 2019, Mazryn mula aktif memuat naik video nyanyiannya di pelantar media sosial dan mendapat sambutan yang sangat baik sehingga mendapat perhatian dari komposer terkenal.

Akhirnya, pada tahun 2021, tuah telah menyebelahi Mazryn. Komposer terkenal Malaysia, Sirkhan Danial telah menemui video nyanyian Mazryn di Youtube dan meminta untuk datang ke ujibakat tertutup.

Ditawarkan Kontrak

Mazryn Maysa Tampil Dengan Single Pertamanya “LUKA CINTA”
via Whiteroom Music

Setelah melepasi ujibakat, Mazryn telah berjaya memikat hati Sirkhan Danial lalu ditawarkan kontrak untuk bernaung dibawah syarikat rakaman Whiteroom Music miliknya.

Sirkhan Danial merupakan Komposer yang telah mengangkat bakat “BBNU” dengan lagu lagu seperti; Dimatamu, Tergantung Sepi, Menahan Rindu, Segalanya dan beberapa lagu lain.

Tampil Debut Pertama

Sebagai seorang pendatang baru di dalam industri muzik Malaysia, Mazryn Maysa telah tampil dengan debut pertamanya yang bertajuk “Luka Cinta”. Lagu ini merupakan salam perkenalannya sebagai seorang penyanyi baru tanah air di Malaysia.

“Luka Cinta” merupakan karya ciptaan Sirkhan Danial dan Sang Hitam. Lagu ini bergenre Balada – Malaysia yang sesuai dengan tona suara dan gaya nyanyian Mazryn Maysa. Single ini merupakan terbitan dan edaran Whiteroom Music.

Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 

Mazryn Maysa Tampil Dengan Single Pertamanya “LUKA CINTA”

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker