Pembeli sandwich telur R&R Jawi kena ‘scam’



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Pembeli sandwich telur R&R Jawi kena 'scam'

Seorang pembeli sandwich telur merasakan dirinya seolah kena scam. Merupakan pengguna Lebuhraya Plus menaikmuat sekeping foto menunjukkan sandwich telur yang dibelinya di R&R Jawi Arah Selatan.

“Sandwich telur, yang telur nya boleh kira satu satu
R&R Jawi Arah Selatan.
Harga Rm4/1 pack 
 
Bukan nak kecam atau merungut.. tapi sekadar perkongsian tentang realiti kualiti makanan di sesetengah RnR tak berubah. Bukan semua premis RnR macam ni. Pada owner premis yang menjual makanan yang sedap² tu, tahniah.. anda terbaik. Yang menjual macam Sandwich ni., mohon perbaiki lah kualiti anda. Pembeli faham kos sekarang serbi mahal,. Tapi biarlah berbaloi dengan setiap ringgit kami yang keluarkan” – MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL
 
Menerima sebanyak 1,200 komen dengan 168 kongsian, kebanyakan yang memberi komen turut merungut mengenai harga yang agak mahal di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Plus.
 
Walaupun sedar kenaikan harga barang mentah mempengaruhi kenaikan kos makanan yang disediakan, pihak PLUS perlu mengambilkira rungutan pengguna.
 
Pembeli sandwich telur R&R Jawi kena 'scam'
 
 
 
Kadar trafik yang tinggi setiap hujung minggu sudah pasti akan memberi pulangan baik kepada peniaga di R&R sepanjang Lebuhraya Utara Selatan.
 
Bayangkan jika sebuah keluarga yang membawa seramai 5 ahli keluarga, berhenti untuk makan dan mereka terpaksa membayar harga yang tidak setimpal dengan makanan yang dibeli, sudah pasti akan memberi imej tidak baik kepada PLUS sendiri.
 
 


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker