PH & PN tolak PRU tahun ini untuk kumpul sokongan

Siri ceramah, pelancaran jentera diperhebatkan pula

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PH tolak PRU tahun ini untuk kumpul sokongan

PH dan PN sengaja tolak PRU diadakan pada tahun ini bagi mengumpul kembali sokongan kepada mereka selepas 2018. Walaupun kalangan pemimpin PH dan PN bercakap mengenai musim banjir dan risiko mengadakan PRU diadakan, siri ceramah tetap diteruskan.

Taktik PH membuat siri ceramah ke seluruh negeri dapat menjelaskan mengapa mereka enggan Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Selepas berhempas-pulas membuat ramai mempercayai manifesto dan janji sekitar 2016-2018, Pakatan Harapan telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia.

Namun demikian, kerana kegagalan PH berfungsi dengan baik sebagai kerajaan, rakyat mula bangkit menagih segala menifesto yang telah dijanjikan. Hakikat sebenar yang perlu rakyat akui, mereka sebenarnya telah ditipu oleh PH apabila manifesto hanyalah janji dan tidak menyangka akan berjaya menang PRU14.

Dengan konflik perebutan kuasa yang berlaku dalam PH, ia hanya menambah masalah untuk menunaikan segala janji mereka. Paling terkesan hasil penipuan manifesto PH ialah golongan siswazah yang dijanjikan pengurangan bayaran PTPTN serta pengguna lebuhraya.

SHERATON MOVE HANYA HELAH UNTUK TUTUP KELEMAHAN PAKATAN HARAPAN

PH tolak PRU tahun ini untuk kumpul sokongan

Sheraton Move sebenarnya hanyalah taktik untuk mengalih perhatian dan mencipta kemelut politik bagi mengaburi kegagalan sebenar PH sebagai sebuah kerajaan. Bagi mereka, kemenangan PRU14 adalah detik ngeri yang tidak pernah disangka boleh berlaku.

Sebagai pembangkang selama 6 dekad, perjalanan politik mereka hanyalah mengkritik segala dasar dan apa sahaja yang kerajaan BN lakukan tanpa mampu memberi solusi munasabah untuk kepentingan rakyat.

Apa sahaja yang mampu memberi pulangan kepentingan politik akan digunakan pembangkang tetapi apabila mereka diberikan tanggungjawab sebagai kerajaan, ternyata pembangkang tidak tahu menguruskan segalanya kerana selama ini bergantung kepada kerajaan BN.

Selepas perpecahan berlaku dalam PH, untuk memastikan mereka diterima kembali rakyat, sesuatu perlu dilakukan. Jika sebelum ini, Najib Razak merupakan modal mereka, kini tumpuan serangan dihalakan kepada Zahid Hamidi selaku Presiden Umno.

PERIKATAN NASIONAL & KELUARGA MALAYSIA BUKAN KERAJAAN STABIL

PH tolak PRU tahun ini untuk kumpul sokongan

DAP, PKR, AMANAH langsung tidak menumpukan serangan terhadap Perikatan Nasional tetapi memilih Ismail Sabri sebagai sasaran. Sebab Ismail Sabri merupakan Naib Presiden Umno? PH juga seringkali mengelirukan rakyat apabila menyatakan kerajaan hari ini adalah kerajaan BN.

Ini sama sekali tidak benar kerana kerajaan Keluarga Malaysia merupakan kerajaan campuran yang tidak stabil dan boleh runtuh bila-bila masa.

Untuk menuduh kerajaan hari ini sebagai Kerajaan BN, maka PRU15 perlu diadakan segera bagi memastikan pembentukan kerajaan selepas PRU adalah sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan tidak boleh diganggu-gugat dengan ugutan berbaur politik.

Memulihkan imej sesebuah negara di mata dunia bukan sesuatu yang mudah apatah lagi buat kali pertama Malaysia mencatat pelantikan 3 orang Perdana Menteri dalam tempoh satu penggal Parlimen.

Janggal sekali apabila sejarah politik negara dicemari dengan 2 pelantikan PM tanpa mandat dari rakyat dalam ertikata Demokrasi Berparlimen.

Rakyat perlu sedar, sebarang kesilapan ketika membuang undi hanya akan meletakkan Malaysia dan seluruh rakyat dalam situasi terumbang-ambing. 

Kembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem Demokrasi Berparlimen dan buktikan rakyat tidak boleh dibodohkan buat kali kedua sepertimana yang berlaku pada 2018.

Cukuplah onar yang dilakukan Pakatan Harapan dan segala politik kotor yang telah berlaku semasa mereka memerintah. Harta rakyat, aset negara dan maruah rakyat telah tergadai kerana perilaku Pakatan Harapan selama 22 bulan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker